Malaysia legislation

Section 12

of AKTA KESALAHAN KECIL 1955

Seksyen 12

Mana-mana orang yang—

(a)

tanpa kuasa atau alasan yang sah di sisi undang-undang meletakkan apa-apa batu, bata atau benda lain di atas mana-mana jalan awam yang boleh menyebabkan halangan atau boleh membuat penggunaan jalan itu menjadi kurang senang;

(b)

membiarkan di atas mana-mana jalan awam apa-apa benda yang telah terjatuh daripada mana-mana kenderaan yang dijaganya;

(c)

menunggang atau memandu apa-apa kenderaan di atas mana-mana kaki lima awam;

(d)

menyebabkan atau membiarkan barang-barang atau benda-benda lain diletak di atas mana-mana kaki lima awam atau bahagian lain suatu jalan awam atau selainnya menyebabkan atau membiarkan barang-barang atau benda-benda lain itu menjadi halangan atau mendatangkan kesusahan terhadap laluan orang ramai bagi masa yang lebih panjang daripada yang sebenarnya diperlukan bagi mengisi atau memunggah barang-barang atau benda-benda lain itu;

(e)

menerbangkan apa-apa layang-layang atau memainkan apa-apa permainan atau melakukan apa-apa perbuatan yang secara tidak munasabah menghalang atau mengganggu lalulintas di mana-mana jalan awam, atau wayar mana-mana telefon atau telegraf, atau sistem lampu elektrik awam, boleh dikenakan denda tidak melebihi lima puluh ringgit.