Malaysia legislation

Section 13

of AKTA KESALAHAN KECIL 1955

Seksyen 13

(a)

di dalam had mana-mana bandar atau kampung di antara masa tengah malam dan 6 pagi atau di atas mana-mana jalan awam atau tempat awam pada bila-bila masa, memukul dram atau gendang, atau meniup hon atau trompet, atau memukul atau membunyikan apa-apa alat atau perkakas dengan suatu cara yang boleh menggusarkan atau menyusahkan penghuni mana-mana premis yang berhampiran; atau

(b)

memasang atau menyebabkan atau mengakibatkan pemasangan apa-apa gramofon atau pembesar suara tanpa wayar atau pianola atau bentuk muzik lain yang dikeluarkan dengan cara mekanik atau elektrik dengan suatu cara yang boleh menggusarkan atau menyusahkan penghuni mana-mana premis yang berhampiran; atau

(c)

memasang atau menyebabkan atau mengakibatkan pemasangan di atas atau berdekatan dengan mana-mana jalan awam atau tempat awam atau dalam mana-mana kedai, premis perniagaan, bangunan atau tempat yang berdekatan dengan mana-mana jalan awam atau tempat awam apa-apa gramofon atau pembesar suara tanpa wayar atau apa-apa sahaja alat lain yang menghasilkan bunyi atau muzik dengan suatu cara yang boleh menggusarkan atau menyusahkan penghuni mana-mana premis yang berhampiran, boleh dikenakan denda tidak melebihi satu ratus ringgit.

(2)

Mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak kurang daripada Inspektor, di atas aduan tuan rumah bahawa bunyi apa-apa alat sedemikian adalah berbahaya kepada mana-mana orang sakit yang tinggal berdekatan dengan tempat di mana alat tersebut dipasang, atau bagi sebab lain yang baik dan mencukupi, boleh memasuki premis atau tempat lain di mana alat itu sedang dipasang, dan selepas memberi amaran, memberhentikannya, sama ada dengan mengambil alat itu atau dengan cara lain yang bersesuaian.

(3)

Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh terpakai bagi apa-apa muzik yang dimainkan oleh manamana angkatan bersenjata Malaysia atau oleh manamana angkatan tentera tempatan atau angkatan tentera pelawat atau oleh pasukan polis atau terhadap apa-apa panggilan, sembahyang atau bunyi lain yang dikeluarkan bagi maksud keagamaan atau terhadap wisel polis yang ditiup oleh mana-mana orang bagi maksud meminta bantuan atau terhadap penggunaan yang munasabah apa-apa hon, loceng, wisel atau alat sepertinya pada mana-mana kereta, basikal atau kenderaan lain di atas jalan awam bagi maksud mengelakkan sesuatu kemalangan, atau terhadap apa-apa yang dilakukan dengan kebenaran Ketua Pegawai Polis.