Malaysia legislation

Section 15

of AKTA KESALAHAN KECIL 1955

Seksyen 15

(a)

(Dipotong oleh Akta 40/67);

(b)

mandi atau membasuh dirinya, atau manamana orang lain, haiwan atau benda di atas mana-mana jalan awam, atau dalam atau di tepi mana-mana tangki awam, resevoir, paip air, alur air atau anak sungai, yang penggunaan terhadapnya untuk mandi adalah dilarang oleh Ketua Pegawai Polis atau manamana pihak berkuasa lain yang sah di sisi undang-undang;

(c)

menghalang atau mengacau seseorang yang mandi di mana-mana tempat yang disediakan sebagai tempat mandi dengan gangguan sengaja, atau dengan membersihkan manamana haiwan pada atau berdekatan dengan tempat tersebut, atau dengan apa-apa cara lain;

(d)

meludah dalam mana-mana kedai kopi, kedai makan, premis sekolah atau tempat awam atau dalam mana-mana bas-troli, bas, gerabak keretapi atau kenderaan awam lain atau dalam atau berdekatan dengan mana-mana jalan awam:

Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua dalam perenggan ini akan menghalang manamana orang daripada berludah ke dalam apa-apa bekas yang diperuntukkan bagi maksud itu atau ke dalam mana-mana parit, boleh dikenakan denda tidak melebihi satu ratus ringgit.

(2)

Mana-mana orang yang tanpa kuasa dalam hal harta awam atau tanpa izin tuan punya atau penghuni dalam hal harta persendirian—

(a)

melekatkan atau menyebabkan dilekatkan apa-apa iklan, poster atau notis, atau apa-apa kertas atau sepanduk di atas atau pada manamana harta;

(b)

menulis di atas, membuat tanda, merosakkan atau menconteng dengan kapur atau cat atau dengan apa-apa cara lain mana-mana harta;

(c)

merosakkan, mengubah atau mengalih manamana harta, boleh dikenakan tempoh penjara tidak melebihi satu tahun atau denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau kedua-duanya.

Dalam subseksyen ini ungkapan "harta" termasuklah apa-apa bangunan, dinding, jalan, pagar, pokok, tiang lampu, lampu atau tiang telefon, lampu isyarat lalulintas dan papan tanda.