Malaysia legislation
Section 17
Seksyen 17
Mana-mana orang yang, bukannya seorang yang berkhidmat dalam angkatan bersenjata Malaysia atau dalam mana-mana angkatan tentera tempatan atau angkatan tentera pelawat atau anggota pasukan polis, membawa atau cuba membawa masuk ke mana-mana berek, bilik pengawal atau kem tentera, atau ke atas atau di sisi mana-mana vesel perang kepunyaan atau pengangkutan yang disewa oleh Kerajaan Malaysia atau kepunyaan negara angkatan tentera pelawat itu, atau mana-mana vesel dalam perkhidmatan Kerajaan Malaysia atau mana-mana Negeri di mana-mana pelabuhan dalam Malaysia atau ke dalam mana-mana berek polis, balai polis atau lokap atau ke dalam mana-mana hospital awam atau hospital mental apa-apa liquor yang memabukkan, dadah atau bancuhan tanpa kebenaran Pegawai Pemerintah atau Ketua Pegawai Polis atau orang yang menjaga hospital awam atau hospital mental itu, boleh dikenakan denda tidak melebihi lima puluh ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya dan liquor, dadah atau bancuhan sedemikian dan bekas-bekas yang mengandunginya boleh dilucuthak.