Malaysia legislation
Section 19
Seksyen 19
(2)
Mana-mana orang boleh dan mana-mana pegawai polis hendaklah menyita semua kuda, lembu, kambing, kambing biri-biri dan babi yang dijumpai berkerumun, ditambat, atau berkeliaran di atas manamana jalan awam atau menceroboh masuk mana-mana harta awam atau persendirian, dan menahan haiwan itu di paun awam.
(3)
Mana-mana haiwan yang dipaun sedemikian boleh ditebus oleh tuan punyanya dalam masa sepuluh hari selepas dipaun sedemikian di atas pembayaran kepada penjaga paun itu apa-apa fee sebagaimana yang ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Raja atau Yang di-Pertua Negeri dan disiarkan dalam Warta dan perbelanjaan memberi makan haiwan semasa dipaun mengikut kadar yang akan ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Ketua Pegawai Polis Negeri itu.
22
(4)
Mana-mana haiwan yang tidak ditebus seperti yang disebut terdahulu boleh dijual kepada orang ramai melalui perintah Ketua Pegawai Polis, dan hasil daripada jualan tersebut selepas ditolak fee tersebut dan perbelanjaan memberi makan hendaklah dibayar kepada tuan punya haiwan tersebut, atau jika tidak dituntut dalam tempoh tiga bulan selepas penjualan itu hendaklah disimpan oleh Ketua Pegawai Polis dan dibayar kepada Perbendaharaan.
(5)
Mana-mana orang yang mengeluarkan manamana haiwan daripada sesuatu paun awam tanpa pengetahuan dan izin daripada penjaga paun itu boleh dikenakan denda tidak melebihi lima puluh ringgit.
(6)
Tiap-tiap penjaga paun hendaklah disifatkan sebagai pengkhidmat awam dalam erti Kanun Keseksaan.
KESALAHAN-KESALAHAN LAIN