Malaysia legislation
Section 24
Seksyen 24
Mana-mana orang, yang bukan menjadi anggota angkatan bersenjata Malaysia atau mana-mana angkatan tentera tempatan atau angkatan tentera pelawat atau pasukan polis Malaysia, yang—
(a)
berada di atau menghadiri mana-mana perjumpaan atau perhimpunan orang-orang bagi maksud berlatih atau berkawad sesama mereka, atau dilatih atau berkawad, untuk menggunakan senjata cara tentera, atau bagi maksud berlatih latihan atau gerakan tentera; atau
(b)
berada di atau menghadiri mana-mana perjumpaan atau perhimpunan sedemikian bagi maksud melatih atau menyuruh berkawad mana-mana orang atau orang-orang menggunakan senjata cara tentera atau amalan latihan atau gerakan tentera; atau
(c)
melatih atau menyuruh berkawad mana-mana orang atau orang-orang lain cara-cara menggunakan senjata cara tentera atau amalan latihan atau gerakan tentera atau dengan apa-apa cara menolong atau membantu, di dalamnya, boleh ditangkap oleh mana-mana pegawai polis tanpa waran dan boleh dikenakan denda tidak melebihi lima ratus ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.