Malaysia legislation
Section 25A
Seksyen 25A
(2)
Mana-mana orang, tanpa kebenaran bertulis daripada Menteri, yang membuat, mengilang, menjual, membeli, mengimport atau mengeksport apa-apa kain samaran atau apa-apa pakaian seragam samaran atau mana-mana bahagian daripadanya atau sesuatu yang menyerupai pakaian seragam samaran atau kain samaran adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua belas bulan atau kedua-duanya.
(3)
Mana-mana pegawai polis boleh tanpa waran menangkap mana-mana orang yang disyaki melakukan mana-mana kesalahan di bawah seksyen ini dan apa-apa barang yang berhubungan dengan kesalahan yang dilakukan itu boleh disita oleh pegawai polis tersebut.
(b)
Suatu perintah bagi perlucuthakan apa-apa barang yang disita di bawah perenggan (a) hendaklah dibuat oleh mahkamah tanpa mengira bahawa tiada seorang pun telah disabitkan dengan kesalahan di bawah seksyen ini.
(4)
Bagi maksud-maksud seksyen ini—
"angkatan tentera pelawat" mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya oleh Akta Angkatan Tentera Pelawat 1960;
"kain samaran" ertinya suatu jenis kain bagi membuat pakaian seragam samaran sebagaimana yang ditentukan dalam Bahagian I Jadual Kedua;
"Menteri" ertinya Menteri yang pada masa itu bertanggungjawab terhadap pertahanan;
"pakaian seragam samaran" ertinya pakaian seragam yang direka sebagaimana yang ditentukan dalam Bahagian II Jadual Kedua.
(5)
Menteri boleh melalui perintah dari semasa ke semasa meminda Jadual Kedua.