Malaysia legislation
Section 27
Seksyen 27
(b)
tiap-tiap pelacur yang berkelakuan tak senonoh atau sumbang di atas atau berdekatan dengan mana-mana jalan awam atau di mana-mana tempat peranginan awam;
(c)
tiap-tiap orang yang mengemis di tempat awam, atau di tempat di mana orang ramai dibenarkan masuk tanpa bayaran atau dengan bayaran, atau membuat di mana-mana tempat tersebut kelakuan yang dikira mendorong pemberian sedekah (sama ada atau tidak berpura-pura menyanyi, bermain, membuat pertunjukan, menawarkan apa-apa bagi jualan atau selainnya), dan mempunyai atau mampu mempunyai sumber pendapatan lain yang sah disisi undang-undang bagi penghidupan;
(d)
tiap-tiap orang yang mengemis dalam masa dua tahun setelah menjadi penghuni di sesebuah rumah kebajikan di bawah Akta Orang-orang Papa 1977, hendaklah disifatkan sebagai orang leser dan tak senonoh dan boleh dikenakan denda tidak melebihi satu ratus ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu bulan atau kedua-duanya.