Malaysia legislation

Section 27A

of AKTA KESALAHAN KECIL 1955

Seksyen 27A

(2)

Raja atau Yang di-Pertua Negeri, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh, melalui kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen ini, menetapkan fee yang akan dikenakan bagi mana-mana lesen yang dikeluarkan.

(3)

Kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen ini atau mana-mana undang-undang kecil yang dibuat oleh pihak berkuasa tempatan di bawah mana-mana undang-undang bertulis hendaklah memperuntukkan bahawa lesen penjaja tidak boleh diberi kepada manamana orang (selain daripada dengan cara membaharui lesen bagi tahun yang terdahulunya atau bagi penjualan makanan atau minuman segar sahaja) melainkan di atas pengeluaran oleh orang itu suatu perekuan yang ditandatangani oleh seorang pegawai polis yang berpangkat Penolong Penguasa atau yang lebih tinggi, atau oleh Pegawai Penjaga suatu Daerah Polis, yang memperakukan bahawa orang itu adalah berwatak baik dan seorang yang wajar diberi lesen sebagai penjaja.

(4)

Sebelum pengeluaran suatu perakuan kepada mana-mana orang di bawah peruntukan perenggan yang terdahulu, seorang pegawai polis yang berpangkat Penolong Penguasa atau yang lebih tinggi, atau Pegawai Penjaga suatu Daerah Polis, boleh menghendaki orang itu menyediakan gambarnya dalam pendua dan mematuhi semua langkah sebagaimana yang semunasabahnya perlu bagi mengambil dan merekodkan cap jarinya.

ORANG JAHAT DAN KUTURAYAU