Malaysia legislation
Section 28
Seksyen 28
(b)
tiap-tiap orang yang buat-buat atau berpurapura melakukan telekan nasib, atau menggunakan apa-apa kepandaian, cara, atau
KESALAHAN KECIL alat, dengan menelek tapak tangan atau selainnya, untuk menipu dan memperdayakan mana-mana orang;
(c)
tiap-tiap orang yang berkeliaran di sekitar dan menumpang di mana-mana bangsal atau pondok, atau di mana-mana bangunan yang ditinggalkan atau tidak diduduki, atau di tanah lapang, atau di dalam khemah, atau di dalam mana-mana kenderaan, yang tidak mempunyai apa-apa punca pendapatan yang nyata, dan tidak memberikan penjelasan yang memuaskan mengenai dirinya;
(d)
tiap-tiap orang yang dengan sengaja mendedahkan untuk pandangan, di atas atau berdekatan dengan mana-mana jalan awam atau di mana-mana tempat awam, apa-apa cetakan atau gambar lucah, gambar atau pertunjukkan sumbang lain;
(e)
tiap-tiap orang yang dengan sengaja, secara terbuka, tidak sopan dan dengan lucah mendedahkan dirinya dengan niat menghina mana-mana orang lain;
(f)
[Ditinggalkan menurut Akta 19/65.]
(g)
tiap-tiap orang yang pergi ke merata-rata tempat sebagai pengumpul atau pemungut sedekah, atau berusaha mendapatkan sumbangan khairat dari apa-apa sifat atau jenis, di bawah apa-apa kepura-puraan yang palsu atau fraudan;
(h)
tiap-tiap orang yang bermain atau bertaruh dengan cara pertaruhan atau berjudi di atas atau berdekatan dengan mana-mana jalan awam atau di mana-mana tempat awam di atas atau dengan apa-apa meja atau alat perjudian, atau apa-apa syiling, daun terup, penanda atau benda lain yang digunakan sebagai alat atau cara pertaruhan atau perjudian tersebut untuk apa-apa permainan atau permainan nasib yang dibuat-buat;
(i)
tiap-tiap orang yang dijumpai di antara masa matahari terbenam dan matahari terbit—
(i)
bersenjatakan apa-apa senjata atau alat yang berbahaya, dengan niat untuk melakukan pecah rumah; atau
(ii)
mempunyai dalam miliknya tanpa alasan yang sah (pembuktian terhadapnya adalah terletak ke atas orang tersebut) apa-apa kunci, penyungkil kunci, pengumpil,jek, bit atau alat memecah rumah yang lain; atau
(iii)
menghitamkan mukanya atau menyamar dengan niat untuk melakukan apa-apa kesalahan; atau
(iv)
dalam mana-mana bangunan dengan niat untuk melakukan apa-apa kesalahan di dalamnya;
(j)
tiap-tiap orang yang dijumpai di dalam atau di mana-mana rumah kediaman, atau premis bagi menjaga harta, atau di mana-mana halaman, taman atau kawasan yang dipagari, bagi apaapa maksud yang menyalahi undang-undang;
(k)
tiap-tiap orang yang disyaki atau yang dianggap oleh umum sebagai pencuri, yang seringkali mengunjungi atau merayau di dalam atau berdekatan mana-mana sungai, terusan atau kali yang boleh dilayari, dok atau lembah, atau mana-mana pengkalan, dermaga atau gudang berdekatan atau bersebelahan dengannya atau mana-mana tempat awam atau di atas atau berdekatan dengan mana-mana jalan awam dengan niat untuk melakukan satu kesalahan yang boleh ditangkap dan tidak boleh dijamin, dan dalam membuktikan niat tersebut tidak perlu menunjukkan bahawa orang yang disyaki itu adalah bersalah terhadap apa-apa perbuatan atau perbuatan-perbuatan tertentu yang cenderung menunjukkan maksud atau
KESALAHAN KECIL niatnya, dan dia boleh disabitkan jika, daripada hal-hal keadaan kes itu, dan daripada wataknya yang diketahui sebagai yang dibuktikan kepada Mahkamah, didapati bahawa niatnya adalah untuk melakukan satu kesalahan yang boleh ditangkap dan tidak boleh dijamin; dan
(l)
tiap-tiap orang yang ditangkap sebagai seorang leser dan tak senonoh yang dengan secara keras menentang penangkapan dan kemudiannya disabitkan dengan kesalahan yang mana dia ditangkap, hendaklah disifatkan sebagai seorang jahat atau kuturayau dan boleh dikenakan denda tidak melebihi dua ratus lima puluh ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
MEMILIKI HARTA SECARA FRAUDAN