Malaysia legislation
Section 29
Seksyen 29
(2)
Jika mana-mana orang dituduh mempunyai atau membawa apa-apa barang yang dicuri atau diperolehi secara fraudan membuat kenyataan bahawa dia menerima barang itu daripada orang lain, atau bahawa dia telah diambil bekerja sebagai pembawa, ejen atau pengkhidmat untuk membawa barang itu bagi orang lain, Majistret boleh menyebabkan tiap-tiap orang lain tersebut, dan juga, jika perlu, tiap-tiap pembeli yang dahulu atau yang berpura-pura membeli atau orang lain yang melalui miliknya barang itu dipindahkan, dengan syarat bahawa orang lain itu yang dikatakan pernah
(4)
Perkataan "milik" dalam subseksyen (1), (2) dan (3) seksyen ini termasuklah milik di dalam rumah, bangunan, kenderaan, kapal, vesel, bot atau tempat lain serta milik di atas atau berdekatan dengan jalan awam atau di dalam tempat awam.
memiliki barang itu berada di dalam bidang kuasa Majistret tersebut, dibawa ke hadapannya dan diperiksa, dan boleh memeriksa saksi-saksi di atas sumpah berkenaan dengan barang itu.
(5)
Mana-mana orang yang—
(b)
telah disabitkan di Republik Singapura dengan suatu kesalahan yang sama sifatnya dengan mana-mana kesalahan itu,
(3)
Jika Majistret itu mendapati bahawa mana-mana orang sedemikian yang dibawa ke hadapannya pernah memiliki barang tersebut dan mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa barang itu telah dicuri atau diperolehi secara fraudan orang itu boleh dikenakan denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
(a)
telah disabitkan dengan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen ini atau di bawah Bab XII atau Bab XVII Kanun Keseksaan; atau dan kemudiannya disabitkan dengan kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen ini boleh dikenakan denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau keduaduanya.
(6)
Jika maklumat diberi di atas sumpah kepada Majistret bahawa terdapat sebab untuk mengesyaki bahawa apa-apa harta yang secara munasabah disyaki telah dicuri atau diperolehi secara fraudan berada di dalam mana-mana rumah, bangunan, kapal, vesel, bot atau tempat lain, Majistret tersebut boleh, dengan waran yang dialamatkan kepada mana-mana pegawai polis, menyebabkan rumah, bangunan, kapal, vesel, bot atau tempat lain tersebut dimasuki dan digeledah pada bila-bila masa siang atau malam.
(7)
Maklumat yang disebutkan dalam subseksyen
(6)
seksyen ini hendaklah memperihalkan harta yang disyaki dengan munasabah telah dicuri atau diperolehi secara fraudan itu, dan hendaklah juga memperihalkan rumah, bangunan, kapal, vesel, bot atau tempat lain di mana harta tersebut disyaki berada.
(8)
Jika dengan membuat geledahan itu apa-apa harta, sebagaimana yang diperihalkan dalam maklumat itu, dijumpai dalam rumah, bangunan, kapal, vesel, bot atau tempat lain, pegawai polis yang membuat geledahan itu atau pegawai polis lain hendaklah membawa harta tersebut ke hadapan Majistret atau mengawal harta tersebut di tempat itu atau selainnya meletakkan barang-barang tersebut di suatu tempat yang selamat.
(9)
Pegawai polis yang membuat geledahan itu atau pegawai polis lain boleh menangkap dan membawa ke hadapan Majistret mana-mana orang yang berada di dalam rumah, bangunan, kapal, vesel, bot atau tempat lain tersebut yang di dalam milik atau di bawah kawalannya harta tersebut dijumpai.
(10)
Peruntukan seksyen 59, 64 dan 65 Kanun Prosedur Jenayah hendaklah terpakai bagi penggeledahan-penggeledahan yang dibuat di bawah seksyen ini.