Malaysia legislation

Section 32

of AKTA KESALAHAN KECIL 1955

Seksyen 32

Ketua Polis Negara atau mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak kurang daripada Penolong Penguasa yang diberikuasa khas dalam hal itu oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta boleh mengikut budi bicaranya mengkompaun mana-mana kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 3, 6, 9, 10, 11 atau 12 Akta ini dengan menerima daripada orang yang disyaki dengan munasabah telah melakukan kesalahan tersebut sejumlah wang tidak melebihi dua puluh lima ringgit:

Dengan syarat bahawa tiada apa-apa kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 9 Akta ini boleh dikompaunkan jika apa-apa kerosakan telah dilakukan oleh mana-mana haiwan yang disebutkan dalam seksyen tersebut.