Malaysia legislation
Section 7
Seksyen 7
(2)
Dalam mana-mana pendakwaan yang berhubungan dengan mana-mana anjing di bawah subseksyen (1), adalah tidak perlu menunjukkan kecenderungan jahat anjing tersebut pada masa dahulu atau pengetahuan tuan punya terhadap kecenderungan pada masa dahulu itu atau bahawa kecederaan itu adalah disebabkan keabaian tuan punya tersebut.
(3)
Penghuni mana-mana rumah atau premis di mana anjing disimpan atau dibenarkan tinggal atau mendiami pada masa berlakunya mana-mana kecederaan itu sebagaimana yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah disifatkan sebagai tuan punya anjing tersebut dan hendaklah bertanggungan terhadapnya melainkan penghuni tersebut boleh membuktikan bahawa dia bukannya tuan punya anjing tersebut pada masa kecederaan yang diadukan itu dilakukan dan bahawa anjing tersebut telah disimpan atau dibenarkan tinggal atau mendiami rumah atau premis tersebut tanpa kebenaran atau pengetahuannya:
Dengan syarat bahawa jika terdapat lebih daripada seorang penghuni dalam mana-mana rumah atau premis yang dipakkan sebagai apartmen atau lojing yang berasingan atau selainnya, penghuni sesuatu bahagian tertentu premis itu di mana anjing tersebut telah disimpan atau dibenarkan tinggal atau mendiami pada masa kecederaan tersebut hendaklah disifatkan sebagai tuan punya anjing tersebut.
(4)
Tiada apa-apa pampasan boleh dibayar kepada mana-mana orang di bawah seksyen ini berkenaan dengan kecederaan yang dialami dalam mana-mana rumah atau premis melainkan dibuktikan bahawa dia memasuki rumah atau premis tersebut dalam urusan biasa tugasnya atau dengan izin yang nyata atau tersirat penghuninya.
(5)
Tiada liabiliti jenayah akan timbul di bawah seksyen ini berkenaan dengan apa-apa kecederaan yang dialami oleh mana-mana orang dalam mana-mana rumah atau premis melainkan orang tersebut telah memasuki rumah atau premis itu dalam urusan biasa tugasnya atau dengan izin yang nyata atau tersirat penghuninya.
(6)
Tuan punya tidak akan bertanggungan di bawah seksyen ini terhadap apa-apa kecederaan yang dialami oleh mana-mana orang jika kecederaan tersebut adalah disebabkan oleh perbuatan salah orang itu.