Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Tafsiran
"Kawasan Muda" ertinya mana-mana kawasan yang ditetapkan oleh Menteri menurut seksyen 9;
"Kumpulan Wang" ertinya kumpulan wang yang ditubuhkan di bawah seksyen 17;
"Lembaga" ertinya Lembaga Kemajuan Pertanian Muda yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;
"Menteri" ertinya Menteri yang bertanggungjawab bagi pertanian;
"Pengerusi"ertinya Pengerusi Lembaga yang dilantik di bawah seksyen 5;
"perbadanan" ertinya perbadanan yang ditubuhkan di bawah seksyen 28;
"syarikat" mempunyai erti yang sama seperti yang diberikan kepada "perbadanan" di bawah subseksyen 4(1) Akta Syarikat 1965 [Akta 125]; dan
"Timbalan Pengerusi" ertinya Timbalan Pengerusi Lembaga yang dilantik di bawah seksyen 5.