Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
Suatu pertubuhan perbadanan bernama "Lembaga Kemajuan Pertanian Muda" dengan ini ditubuhkan yang kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan dan boleh membawa guaman dan dibawa guaman atas namanya dan, tertakluk kepada dan bagi maksud Akta ini, boleh membuat kontrak dan boleh memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan harta tak alih dan boleh memindah hak, menyerah hak, menyerah balik, memulang, menggadai, menggadai janji, mendemis, menyerah hak semula, memindah hakmilik atau dengan cara lain melupuskan atau membuat apa-apa urusan mengenai apa-apa harta alih atau harta tak alih atau apa-apa kepentingan mengenainya yang terletak hak pada Lembaga mengikut apa-apa syarat yang difikirkan patut.