Malaysia legislation

Section 12

of *AKTA MAJLIS KESELAMATAN NEGARA 2016

Seksyen 12

Majlis boleh menubuhkan jawatankuasa

(2)

Majlis boleh melantik mana-mana orang untuk menjadi anggota mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1).

(3)

Majlis boleh melantik mana-mana anggotanya atau mana-mana orang lain untuk menjadi pengerusi jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1).

(4)

Jawatankuasa hendaklah tertakluk pada dan bertindak mengikut apa-apa arahan yang diberikan oleh Majlis.

(5)

Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat seberapa kerap yang perlu pada masa dan di tempat yang ditentukan oleh pengerusi jawatankuasa itu.

(6)

Jawatankuasa boleh mengawal selia tatacaranya sendiri.

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 776

(7)

Jawatankuasa boleh mengundang mana-mana orang lain untuk menghadiri mana-mana mesyuarat jawatankuasa bagi maksud menasihati jawatankuasa itu mengenai apa-apa perkara yang sedang dibincangkan.

Setiausaha Majlis