Malaysia legislation

Section 18

of *AKTA MAJLIS KESELAMATAN NEGARA 2016

Seksyen 18

(2)

Suatu perisytiharan yang dibuat di bawah subseksyen (1)

hendaklah—

(a)

terpakai hanya bagi apa-apa kawasan keselamatan yang dinyatakan dalam perisytiharan itu; dan

(b)

terhenti berkuat kuasa apabila habis tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen (3) atau apabila habis tempoh pembaharuan yang dinyatakan dalam subseksyen (4), atau mengikut subseksyen (6).

(3)

Suatu perisytiharan yang dibuat di bawah subseksyen (1)

hendaklah, tetapi tanpa menjejaskan apa-apa jua yang dibuat sebelum itu menurut kuasa perisytiharan itu, terhenti berkuat kuasa apabila habis tempoh enam bulan dari tarikh perisytiharan itu mula berkuat kuasa.

(4)

Walau apa pun subseksyen (3), suatu perisytiharan yang berkuat kuasa boleh diperbaharui oleh Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat

Majlis, dari semasa ke semasa bagi apa-apa tempoh, yang tidak melebihi enam bulan pada sesuatu masa, sebagaimana yang dinyatakan dalam perisytiharan itu.

16 Undang-Undang Malaysia AKTA 776

(5)

Suatu perisytiharan yang dibuat di bawah subseksyen (1) dan pembaharuan perisytiharan yang dibuat di bawah subseksyen (4)

hendaklah disiarkan mengikut apa-apa cara yang difikirkan perlu oleh

Perdana Menteri bagi memberitahu orang awam mengenai perisytiharan itu.

(6)

Suatu perisytiharan yang dibuat di bawah subseksyen (1) dan pembaharuan perisytiharan yang dibuat di bawah subseksyen (4)

hendaklah disiarkan dalam Warta dan dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen dengan seberapa segera yang mungkin setelah ia dibuat, dan jika resolusi diluluskan oleh kedua-dua Majlis

Parlimen yang membatalkan perisytiharan itu, ia hendaklah terhenti berkuat kuasa, walau apa pun subseksyen (3) dan (4), tetapi tanpa menjejaskan apa-apa jua yang telah dilakukan sebelum itu menurut kuasa perisytiharan itu.

(7)

Walau apa pun apa-apa jua dalam subseksyen (2), (3), (4) atau

(6)

, Yang di-Pertuan Agong boleh, atas nasihat Majlis, pada bila-bila masa, membatalkan perisytiharan itu.

Perintah eksekutif Majlis