Malaysia legislation

Section 21

of *AKTA MAJLIS KESELAMATAN NEGARA 2016

Seksyen 21

(a)

untuk menyediakan pelan strategik bagi pengerahan tugas

Pasukan Keselamatan ke kawasan keselamatan dan untuk memberikan arahan strategik kepada Pasukan Keselamatan itu;

(b)

untuk mewujudkan perintah bersepadu bagi Pasukan

Keselamatan di dalam kawasan keselamatan;

(c)

untuk menyelia, mengawal dan menyelaras pengerahan tugas Pasukan Keselamatan ke kawasan keselamatan; dan

(d)

untuk melaksanakan apa-apa fungsi lain sebagaimana yang diarahkan oleh Majlis.

(2)

Pengarah Operasi hendaklah mempunyai kuasa untuk membuat segala benda yang perlu atau suai manfaat bagi atau yang berkaitan dengan pelaksanaan kewajipannya di dalam kawasan keselamatan.

(3)

Demi kepentingan keselamatan negara, Pengarah Operasi boleh berhubungan dengan kawasan keselamatan—

(a)

menubuhkan suatu jawatankuasa yang difikirkannya perlu atau suai manfaat untuk membantunya dalam menjalankan kewajipannya;

(b)

mengeluarkan arahan kepada mana-mana Entiti Kerajaan yang dikerah tugas ke kawasan keselamatan; dan 18 Undang-Undang Malaysia AKTA 776

(c)

meminta daripada mana-mana individu atau entiti selain

Entiti Kerajaan, apa-apa maklumat atau risikan dalam milikannya.

(4)

Jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah perenggan (3)(a)

hendaklah bertanggungjawab kepada Pengarah Operasi.

(5)

Entiti Kerajaan yang kepadanya arahan yang disebut dalam perenggan (3)(b) telah dikeluarkan hendaklah mematuhi arahan itu.

(6)

Mana-mana individu yang tidak mematuhi permintaan di bawah perenggan (3)(c) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau kedua-duanya.

(7)

Mana-mana entiti selain Entiti Kerajaan yang tidak mematuhi permintaan di bawah perenggan (3)(c) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit.