Malaysia legislation
Section 27
Seksyen 27
(a)
terdapat benda berbahaya di dalam mana-mana premis di dalam kawasan keselamatan; dan
(b)
adalah perlu atas dasar keterdesakan untuk menjadikan benda berbahaya itu selamat atau untuk menghalang ia digunakan, anggota Pasukan Keselamatan itu boleh—
(A)
memasuki dan menggeledah premis itu;
(B)
menyita apa-apa jua yang dijumpai di premis itu semasa penggeledahan itu yang dipercayai oleh anggota Pasukan
Keselamatan itu atas alasan yang munasabah sebagai suatu benda berbahaya; dan
(C)
memeriksa mana-mana orang yang berada di atau dekat dengan premis di mana penggeledahan itu dijalankan dan menyita apa-apa benda berbahaya yang dijumpai pada orang itu yang dipercayai oleh anggota yang memeriksa itu
22 Undang-Undang Malaysia AKTA 776
atas alasan yang munasabah mempunyai apa-apa benda berbahaya dalam milikannya.
(2)
Jika mana-mana anggota Pasukan Keselamatan menyita suatu benda berbahaya—
(a)
anggota Pasukan Keselamatan itu boleh mengambil apa-apa tindakan yang munasabah dan perlu untuk menjadikan benda berbahaya itu selamat atau untuk menghalang ia digunakan;
dan
(b)
anggota Pasukan Keselamatan itu hendaklah menyediakan suatu senarai benda berbahaya yang disita dan menandatangani senarai itu, dan hendaklah dengan secepat yang dapat dilaksanakan menyerahkan suatu salinan senarai benda berbahaya yang disita itu kepada penghuni premis yang telah digeledah, atau kepada ejennya atau pekhidmatnya di premis itu.
(3)
Jika anggota Pasukan Keselamatan atas alasan yang munasabah mempercayai bahawa benda berbahaya itu telah digunakan atau selainnya terlibat dalam pelakuan suatu kesalahan terhadap mana-mana undang-undang bertulis, anggota Pasukan Keselamatan itu hendaklah, dengan secepat yang dapat dilaksanakan, menyerahkan benda berbahaya itu kepada pegawai yang bertanggungjawab bagi balai polis yang terdekat.
(4)
Jika anggota Pasukan Keselamatan atas alasan yang munasabah mempercayai bahawa benda berbahaya itu tidak digunakan atau selainnya tidak terlibat dalam pelakuan suatu kesalahan terhadap mana-mana undang-undang bertulis, anggota Pasukan Keselamatan itu hendaklah, jika boleh dilaksanakan sedemikian, memulangkan benda berbahaya itu kepada penghuni premis yang telah digeledah, atau kepada ejennya atau pekhidmatnya di premis itu.
(5)
Jika anggota Pasukan Keselamatan menyita benda berbahaya daripada seseorang dan atas alasan yang munasabah mempercayai bahawa orang itu telah menggunakan benda itu dalam melakukan suatu kesalahan terhadap mana-mana undang-undang bertulis, anggota
Pasukan Keselamatan itu boleh menahan orang itu bagi maksud
Majlis Keselamatan Negara 23
meletakkannya di bawah jagaan seorang pegawai polis pada seawal waktu yang boleh dilaksanakan.
Kuasa untuk memeriksa orang bagi benda berbahaya