Malaysia legislation

Section 28

of *AKTA MAJLIS KESELAMATAN NEGARA 2016

Seksyen 28

Jika mana-mana anggota Pasukan Keselamatan di dalam kawasan keselamatan atas alasan yang munasabah mempercayai bahawa seseorang di dalam kawasan itu mempunyai benda berbahaya dalam milikannya, anggota Pasukan Keselamatan itu boleh—

(a)

memeriksa orang itu bagi benda berbahaya itu; dan

(b)

menyita apa-apa benda berbahaya yang dijumpai dalam pemeriksaan itu.

Kuasa untuk menyita kenderaan, vesel, pesawat udara atau pengangkut