Malaysia legislation

Section 2

of *AKTA MAJLIS KESELAMATAN NEGARA 2016

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

Majlis Keselamatan Negara 7

“angkatan tentera” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam

Akta Angkatan Tentera 1972 [Akta 77];

“benda berbahaya” termasuklah senjata api, amunisi, bahan letupan, senjata atau apa-apa benda lain yang semunasabahnya mungkin digunakan untuk menyebabkan kerosakan serius kepada harta, atau kematian atau kecederaan serius kepada seseorang;

“Entiti Kerajaan” termasuklah—

(a)

mana-mana kementerian, jabatan, pejabat, agensi, pihak berkuasa, suruhanjaya, jawatankuasa, lembaga atau majlis bagi Kerajaan Persekutuan, atau bagi mana-mana Kerajaan

Negeri, yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau selainnya;

(b)

mana-mana pihak berkuasa tempatan; dan

(c)

Pasukan Keselamatan;

“kawasan keselamatan” ertinya mana-mana kawasan yang diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong di bawah seksyen 18;

“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Keselamatan Negara yang dilantik di bawah seksyen 15;

“Majlis” ertinya Majlis Keselamatan Negara yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;

“Pasukan Keselamatan” ertinya—

(a)

Polis Diraja Malaysia, Sukarelawan Simpanan Polis Diraja

Malaysia dan Polis Bantuan yang disebut dalam Akta Polis 1967 [Akta 344];

(b)

angkatan tentera;

(c)

mana-mana angkatan yang merupakan angkatan pelawat bagi maksud Bahagian I Akta Angkatan Pelawat 1960 [Akta 432]; atau 8 Undang-Undang Malaysia AKTA 776

(d)

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia 2004

[Akta 633];

“Pengarah Operasi” ertinya mana-mana orang yang dilantik oleh

Majlis di bawah seksyen 20;

“Pengerusi” ertinya Pengerusi Majlis yang disebut dalam seksyen 6;

“perisytiharan” ertinya perisytiharan kawasan keselamatan yang dibuat di bawah seksyen 18.