Malaysia legislation

Section 30

of *AKTA MAJLIS KESELAMATAN NEGARA 2016

Seksyen 30

Kuasa untuk mengambil milikan sementara tanah, bangunan atau harta alih

(2)

Mana-mana anggota Pasukan Keselamatan boleh mengambil apa-apa langkah dan menggunakan apa-apa kekerasan yang didapatinya adalah semunasabahnya perlu bagi memastikan pematuhan arahan yang diberikan kepada mana-mana orang di bawah subseksyen (1).

(3)

Semasa mana-mana tanah, bangunan atau harta alih berada dalam milikan sementara Pengarah Operasi atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Pengarah Operasi di bawah seksyen ini, tanah, bangunan atau harta alih itu boleh, walau apa pun sekatan yang dikenakan ke atas penggunaannya (sama ada melalui mana-mana undang-undang bertulis atau surat cara lain atau selainnya), digunakan oleh, atau di bawah kuasa, Pengarah Operasi atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Pengarah Operasi bagi maksud sedemikian, dan mengikut apa-apa cara, yang difikirkan suai manfaat oleh Pengarah

Operasi atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Pengarah

Operasi demi kepentingan keselamatan negara atau untuk mengadakan tempat tinggal bagi mana-mana Pasukan Keselamatan.

(4)

Pengarah Operasi atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh

Pengarah Operasi, setakat yang didapatinya perlu atau suai manfaat berkaitan dengan pengambilmilikan sementara atau penggunaan tanah, bangunan atau harta alih itu menurut subseksyen (3)—

(a)

boleh melakukan, atau memberi orang yang menggunakan tanah, bangunan atau harta alih itu kuasa untuk melakukan, berhubung dengan tanah, bangunan atau harta alih itu, apa-apa jua yang mana-mana orang yang mempunyai kepentingan mengenai tanah, bangunan atau harta alih itu berhak melakukannya menurut kuasa kepentingan itu; dan

(b)

boleh melalui perintah mengadakan peruntukan bagi melarang atau mengehadkan penggunaan hak lalu-lalang ke atas tanah atau bangunan itu, dan hak lain yang berhubungan dengannya yang dinikmati oleh mana-mana orang, sama ada menurut kepentingan mengenai tanah atau bangunan itu atau selainnya.

Majlis Keselamatan Negara 25

(5)

Pemunya atau penghuni mana-mana tanah, bangunan atau harta alih hendaklah, jika diminta oleh atau bagi pihak Pengarah Operasi atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Pengarah Operasi untuk berbuat demikian, memberikan kepada mana-mana pihak berkuasa atau orang yang dinyatakan dalam permintaan itu apa-apa maklumat yang berada dalam milikannya yang berhubungan dengan tanah, bangunan atau harta alih itu, yang merupakan maklumat yang boleh dengan semunasabahnya diminta daripadanya berkaitan dengan pelaksanaan seksyen ini, sebagaimana yang dinyatakan sedemikian.

(6)

Mana-mana orang yang terkilan oleh sebab pengambilmilikan mana-mana tanah, bangunan atau harta alih di bawah seksyen ini boleh, dalam tempoh empat belas hari selepas milikan diambil, memberikan notis bantahannya terhadap pengambilmilikan itu kepada suatu jawatankuasa penasihat yang dilantik di bawah subseksyen (7).

(7)

Jawatankuasa penasihat yang disebut dalam subseksyen (6)

hendaklah terdiri daripada orang yang dilantik oleh Ketua Pengarah dan jawatankuasa itu boleh membuat kaedah-kaedah bagi penjalanan prosidingnya.

(8)

Pengerusi jawatankuasa penasihat yang kepadanya notis itu telah diberikan di bawah subseksyen (6) oleh orang yang terkilan hendaklah memberitahu Pengarah Operasi atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Pengarah Operasi yang telah mengambil milikan tanah, bangunan atau harta alih itu.

(9)

Jawatankuasa penasihat hendaklah mempertimbangkan bantahan yang dibuat oleh orang yang terkilan itu di bawah subseksyen (6) dan apa-apa alasan yang mungkin dikemukakan terhadap bantahan itu oleh

Pengarah Operasi atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh

Pengarah Operasi yang telah mengambil milikan tanah, bangunan atau harta alih itu dan hendaklah mengemukakan syornya kepada Ketua

Pengarah.

(10)

Ketua Pengarah hendaklah, selepas mempertimbangkan syor jawatankuasa penasihat itu, memberikan apa-apa arahan sebagaimana yang difikirkannya patut.

26 Undang-Undang Malaysia AKTA 776

(11)

Jika mana-mana tanah, bangunan atau harta alih di dalam mana-mana kawasan keselamatan diambil milikan di bawah subseksyen (1)

atau Ketua Pengarah memberikan arahan di bawah subseksyen (10)

kepada Pengarah Operasi atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Pengarah Operasi untuk mengambil milikan sementara mana-mana tanah, bangunan atau harta alih di dalam kawasan keselamatan, pampasan hendaklah dibayar kepada orang yang terkilan itu.

Permintaan bagi penggunaan sumber