Malaysia legislation

Section 33

of *AKTA MAJLIS KESELAMATAN NEGARA 2016

Seksyen 33

Kuasa untuk memerintahkan pemusnahan bangunan tertentu yang tidak dihuni

(a)

ada kemungkinan bahawa bangunan atau struktur itu akan, jika dikekalkan, digunakan oleh orang yang berniat, atau hampir, untuk bertindak atau telah baru-baru ini bertindak dengan cara yang memudaratkan keselamatan negara atau oleh mana-mana orang lain yang mungkin akan melindungi mana-mana orang demikian; dan

(b)

adalah tidak praktik untuk menghalang penggunaan sedemikian dengan apa-apa cara yang lain, memusnahkan atau membenarkan pemusnahan bangunan atau struktur itu.

(2)

Pampasan hendaklah dibayar kepada mana-mana orang yang terkilan berkenaan dengan pemusnahan mana-mana bangunan atau struktur di bawah seksyen ini jika orang yang terkilan itu memuaskan hati Ketua Pengarah bahawa—

(a)

bangunan atau struktur itu telah didirikan oleh atau dengan persetujuan orang yang berhak menurut undang-undang ke atas tanah yang di atasnya bangunan atau struktur itu didirikan; dan

(b)

bangunan atau struktur itu tidak boleh dilucuthakkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis.

(3)

Pampasan boleh dibayar kepada orang yang terkilan berhubung dengan mana-mana bangunan atau struktur yang didirikan oleh atau dengan persetujuan orang yang berhak menurut undang-undang ke atas tanah yang di atasnya bangunan atau struktur itu didirikan, walaupun bangunan atau struktur itu boleh dilucuthakkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis, jika orang yang terkilan itu memuaskan hati

Ketua Pengarah bahawa bangunan atau struktur itu telah digunakan oleh orang yang berniat, atau hampir, untuk bertindak atau telah baru-baru ini bertindak, dengan cara yang memudaratkan keselamatan negara atau bahawa orang itu dilindungi atau telah dilindungi oleh pekhidmat atau ejennya, mengikut mana-mana yang berkenaan, tanpa pengetahuan atau persetujuannya, dan bahawa dia telah menjalankan segala usaha yang wajar untuk menghalang bangunan atau struktur itu daripada digunakan sedemikian atau pelindungan orang itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.

28 Undang-Undang Malaysia AKTA 776

(4)

Apa-apa pampasan yang kena dibayar di bawah seksyen ini hendaklah sebagaimana yang ditaksirkan oleh Ketua Pengarah.

Penggunaan kekerasan yang munasabah dan perlu