Malaysia legislation

Section 34

of *AKTA MAJLIS KESELAMATAN NEGARA 2016

Seksyen 34

Majlis Keselamatan Negara 27

(2)

Penggunaan apa-apa kekerasan terhadap seseorang tidak boleh—

(a)

termasuk apa-apa jua yang berkemungkinan akan menyebabkan kematian, atau kemudaratan badan yang teruk kepada, orang itu melainkan jika anggota

Pasukan

Keselamatan itu atas alasan yang munasabah mempercayai bahawa mengambil tindakan sedemikian disifatkan perlu—

(i)

untuk melindungi nyawa, atau menghalang kecederaan serius kepada, seseorang yang lain, termasuklah anggota itu; atau

(ii)

untuk melindungi kawasan keselamatan itu atau mana-mana bahagian kawasan keselamatan itu terhadap ancaman serangan bersenjata; atau

(b)

menyebabkan orang itu dihina lebih teruk daripada yang munasabah dan perlu dalam hal keadaan itu.

Kuasa untuk mengetepikan inkues, dsb.