Malaysia legislation
Section 35
Seksyen 35
Walau apa pun apa-apa jua yang berlawanan dalam mana-mana undang-undang bertulis, di dalam kawasan keselamatan—
(a)
seseorang Majistret atau koroner boleh mengetepikan pengadaan siasatan kematian atau inkues ke atas mayat mana-mana anggota Pasukan Keselamatan yang bertugas; dan
Majlis Keselamatan Negara 29
(b)
jika Majistret atau koroner yang bertanggungjawab bagi pengadaan siasatan kematian atau inkues ke atas mayat mana-mana orang berpuas hati bahawa orang itu telah terbunuh di dalam kawasan keselamatan akibat operasi yang dijalankan oleh Pasukan Keselamatan bagi maksud menguatkuasakan mana-mana undang-undang bertulis, Majistret atau koroner itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh mengetepikan pengadaan siasatan kematian atau inkues ke atas mayat orang itu.
Penyerahan orang yang ditangkap dan benda yang disita kepada polis