Malaysia legislation
Section 37
Seksyen 37
(a)
tiada seorang pun anggota Majlis atau jawatankuasa atau mana-mana orang yang menghadiri mana-mana mesyuarat
Majlis atau jawatankuasa, sama ada semasa atau selepas tempoh jawatan atau penggajiannya, boleh menzahirkan apa-apa maklumat yang diperoleh olehnya semasa menjalankan kewajipannya; dan 30 Undang-Undang Malaysia AKTA 776
(b)
tiada seorang lain pun yang dengan apa-apa cara mempunyai akses kepada apa-apa maklumat atau dokumen yang berhubungan dengan hal ehwal Majlis boleh menzahirkan maklumat atau dokumen itu.
(2)
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau kedua-duanya.
Perlindungan terhadap guaman dan prosiding undang-undang