Malaysia legislation
Section 42
Seksyen 42
Peraturan-peraturan
(2)
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), Majlis boleh membuat peraturan-peraturan—
(a)
untuk mengawal pergerakan orang, kenderaan, vesel, pesawat udara dan pengangkut di dalam mana-mana kawasan keselamatan;
(b)
untuk menetapkan apa-apa tindakan dan aktiviti yang dilarang semasa tempoh perisytiharan yang dibuat di bawah seksyen 18;
(c)
untuk menetapkan tatacara bagi pengambilmilikan tanah, bangunan dan harta alih yang lain, dan tatacara bagi permintaan untuk menggunakan sumber di dalam mana-mana kawasan keselamatan; dan
(d)
untuk menetapkan tatacara bagi pemusnahan bangunan dan struktur yang lain di dalam mana-mana kawasan keselamatan.
(3)
Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini boleh mengadakan peruntukan bagi apa-apa tindakan atau peninggalan yang melanggar peraturan-peraturan itu menjadi suatu kesalahan dan boleh mengadakan peruntukan bagi penalti denda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
32 Undang-Undang Malaysia AKTA 776
Tanggungan pengarah, dsb., bagi syarikat, dsb.