Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
Majlis hendaklah mempunyai fungsi yang berikut:
(a)
untuk merumuskan dasar dan langkah strategik mengenai keselamatan negara, termasuklah kedaulatan, integriti wilayah, pertahanan, kestabilan sosio-politik, kestabilan ekonomi, sumber strategik, perpaduan negara dan kepentingan lain yang berhubung dengan keselamatan negara;
(b)
untuk memantau pelaksanaan dasar dan langkah strategik mengenai keselamatan negara;
Majlis Keselamatan Negara 9
(c)
untuk memberi nasihat mengenai perisytiharan kawasan keselamatan; dan
(d)
untuk melaksanakan apa-apa fungsi lain yang berhubungan dengan keselamatan negara bagi pelaksanaan yang wajar Akta ini.
Kuasa Majlis