Malaysia legislation
Section 33
Seksyen 33
Perbelanjaan dan penyediaan anggaran
(2)
Sebelum 1 September setiap tahun, Institut hendaklah mengemukakan kepada Menteri suatu anggaran perbelanjaan, termasuk perbelanjaan bagi aktiviti penyelidikan dan pembangunan, bagi tahun yang berikutnya dalam apa-apa bentuk dan mengandungi apa-apa butir sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri.
(3)
Menteri hendaklah, sebelum awal tahun yang berikutnya, memberitahu Institut mengenai amaun yang dibenarkan bagi perbelanjaan secara amnya atau mengenai amaun yang dibenarkan bagi setiap perihalan perbelanjaan berdasarkan anggaran yang disediakan di bawah subseksyen (2).
(4)
Institut boleh pada bila-bila masa mengemukakan kepada
Menteri suatu anggaran tambahan perbelanjaannya bagi mana-mana satu tahun dan Menteri boleh membenarkan keseluruhan atau mana-mana bahagian perbelanjaan tambahan yang termasuk dalam anggaran tambahan itu
(5)
Menteri boleh mengarahkan Institut supaya mengemukakan suatu salinan anggaran atau anggaran tambahan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, kepada mana-mana pihak berkuasa awam lain sebagaimana yang dinyatakan dalam arahan itu.
Institut Sukan Negara 27
Tahun kewangan