Malaysia legislation

Section 47

of AKTA INSTITUT SUKAN NEGARA 2011

Seksyen 47

Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi—

(a)

menetapkan fi dan caj yang kena dibayar kepada Institut di bawah Akta ini dan cara kutipan dan pembayaran fi dan caj itu;

(b)

menetapkan tatacara yang hendaklah diikuti dalam mentadbir

Kumpulan Wang;

(c)

mengadakan peruntukan bagi pelaksanaan program asas pengenalpastian bakat dan program lanjutan bagi atlet yang berpotensi; dan

(d)

mengadakan peruntukan bagi apa-apa perkara lain yang dijangkakan oleh, atau yang perlu bagi memberikan kuat kuasa sepenuhnya peruntukan Akta ini.

Tindakan yang dilakukan pada menjangkakan pembuatan Akta ini

Section 47 — NATIONAL SPORTS INSTITUTE ACT 2011 | mylaw.my