Malaysia legislation

Section 5

of *AKTA KUMPULAN WANG AMANAH NEGARA 1988

Seksyen 5

(a)

wang yang dari semasa ke semasa diuntukkan daripada

Kumpulan Wang Disatukan kepada dan bagi maksud

Kumpulan wang;

(b)

apa-apa sumbangan sebagaimana yang dibuat oleh

Petroliam Nasional Berhad kepada Kumpulan Wang;

(c)

apa-apa sumbangan sebagaimana yang dibuat oleh mana-mana Negeri di Malaysia yang mendapat apa-apa bentuk royalti daripada pengeksploitasian petroleum atau sumber menyusut lain;

8 Undang-Undang Malaysia AKTA 339

(d)

segala wang daripada apa-apa pelaburan Kumpulan

Wang;

(e)

segala pemberian, derma, derma kekal, alang, sumbangan dan bekues sebagaimana yang dibuat kepada atau untuk faedah Kumpulan Wang; dan

(f)

apa-apa sumbangan sebagaimana yang dibuat oleh mana-mana orang atau pihak berkuasa yang perniagaannya termasuklah penyelidikan atau pembangunan sesuatu sumber menyusut.

(2)

Walau apa pun peruntukan yang berlawanan yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis, apa-apa sumbangan di bawah perenggan (1)(b) dan (f) boleh dibuat dalam setiap tahun kewangan daripada keuntungan Petroliam Nasional

Berhad, mana-mana orang atau pihak berkuasa yang sedemikian itu.

Penggunaan wang Kumpulan Wang