Malaysia legislation

Section 2

of AKTA NOTARI AWAM 1959

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

"ditetapkan" ertinya ditetapkan oleh atau di bawah Akta ini;

"Majlis Peguam"ertinya majlis pusat Bar Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 47 Akta Profesion Undang-Undang 1976 [Akta 166];

"notari awam" ertinya seseorang yang telah dilantik sebagai notari awam di bawah seksyen 3 tetapi tidak termasuk mana-mana orang yang pelantikannya telah dibatalkan di bawah seksyen 5;

"Peguam Besar Negeri" ertinya Peguam Besar Negeri, Sabah, atau Peguam Besar Negeri, Sarawak, mengikut kehendak keadaan;

“tempat amalan”ertinya wilayah atau bahagiannya yang di dalamnya seseorang itu dilantik untuk menjalankan amalan sebagai notari awam di bawah seksyen 3.

Section 2 — NOTARIES PUBLIC ACT 1959 | mylaw.my