Malaysia legislation

Section 3

of AKTA NOTARI AWAM 1959

Seksyen 3

Pelantikan notari awam

(1A)

Walau apa pun mana-mana undang-undang lain yang berlawanan, jika mana-mana orang telah dilantik menjadi notari awam sebelum subseksyen ini mula berkuat kuasa dan tiada tempoh dinyatakan dalam pelantikan itu, pelantikan itu hendaklah terhenti berkuat kuasa apabila tamat tempoh dua tahun dari tarikh subseksyen ini mula berkuat kuasa.

(1B)

Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (1A) boleh ditafsirkan sebagai menghalang pelantikan semula di bawah subseksyen (1) mana-mana orang yang pelantikannya telah terhenti berkuat kuasa menurut subseksyen (1A), dan tiap-tiap pelantikan semula sedemikian hendaklah disifatkan sebagai suatu pelantikan baru.

(2)

Tiada seorang pun boleh dilantik menjadi notari awam melainkan jika dia seorang peguam bela pengamal atau seorang plider yang dilesenkan di bawah Enakmen Plider dan Penulis Petisyen Negeri Terengganu [Tr. 59 tahun 1356] dan yang telah dilesenkan sedemikian sebelum 1 Januari 1956:

Dengan syarat bahawa di mana-mana tempat yang tidak ada peguam bela yang sesuai untuk dilantik, Peguam Negara boleh, menurut budi bicaranya, melantik seseorang pegawai awam menjadi notari awam, dan apa-apa fi yang diterima oleh pegawai awam yang dilantik sedemikian berkenaan dengan fungsinya sebagai notari awam hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang Disatukan.

(3)

Peguam Negara tidak boleh membuat apa-apa pelantikan di bawah seksyen ini tanpa berunding dengan Majlis Peguam atau, berhubung dengan Sabah atau Sarawak, tanpa berunding dengan Peguam Besar Negeri.

(4)

Apabila membuat apa-apa pelantikan di bawah seksyen ini Peguam Negara hendaklah mengambil perhatian bilangan notari awam yang sedia ada menjalankan amalan di tempat pemohon bercadang untuk menjalankan amalan dan kepada kemudahan penduduk tempat itu, tetapi, tertakluk kepada apa yang disebut terdahulu, Peguam Negara hendaklah mempunyai budi bicara mutlak dalam membuat atau enggan membuat apa-apa pelantikan sedemikian dan tiada rayuan boleh dibuat terhadap keputusannya.

(5)

Jika ternyata pada Peguam Negara atau, jika tempat amalan di Sabah atau Sarawak, pada Peguam Besar Negeri, bahawa manamana notari awam hampir akan meninggalkan tempat amalannya bagi tempoh yang melebihi satu bulan, Peguam Negara atau Peguam Besar Negeri, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh melantik mana-mana orang, yang menjadi peguam bela pengamal, menjadi notari awam untuk sementara semasa ketiadaan notari awam itu.

(6)

Tiada pelantikan sementara notari awam boleh berkuat kuasa bagi tempoh yang lebih daripada dua belas bulan dan mana-mana pelantikan sedemikian hendaklah luput dengan kematian atau kembalinya ke tempat amalannya notari awam yang kerana pemergiannya pelantikan itu dibuat.

(7)

Tiap-tiap pelantikan di bawah subseksyen (1) atau (5) dan keluputan tiap-tiap pelantikan sementara di bawah subseksyen (6) hendaklah disiarkan dalam Warta.

Keistimewaan notari awam