Malaysia legislation
Section 7219
Seksyen 7219
32.00 00, 7219.33.00 00, 7219.34.00 00, 7219.35.00 00, 7220.20.10 00
dan 7220.20.90 00.
(2)
Kod H.S. dan AHTN yang dinyatakan dalam subperenggan (1) diberikan hanya untuk makluman dan tidak mempunyai kesan mengikat terhadap penjenisan dagangan subjek.
Duti anti-lambakan sedia ada 3.
Duti anti-lambakan yang berkuat kuasa pada masa ini ke atas dagangan subjek ialah duti anti-lambakan definitif di bawah Perintah Kastam
(Duti Anti-Lambakan) 2018 [P.U. (A) 23/2018].
Alasan bagi kajian semula pentadbiran 4.
(1)
Permintaan bagi kajian semula pentadbiran itu adalah berdasarkan alasan bahawa penamatan duti anti-lambakan yang berkuat kuasa pada masa ini berkemungkinan menyebabkan lambakan dan kemudaratan berterusan atau berulang terhadap industri Malaysia.
P.U. (B) 31 4
(2)
Pemohon mengemukakan keterangan yang mencukupi mengenai lambakan dan kemudaratan kepada industri Malaysia serta hubung kait di antara import dagangan subjek itu dengan kemudaratan yang dikatakan dialami oleh industri domestik di Malaysia.
(3)
Kerajaan berpuas hati bahawa permintaan itu mengandungi alasan yang mencukupi untuk memulakan suatu kajian semula pentadbiran.
(4)
Dalam membuat keputusan ini,
Kerajaan juga telah meneliti harga dagangan subjek di pasaran dalam negeri di Malaysia berhubung dengan kemungkinan lambakan itu berterusan atau berulang.
Tatacara 5.
Setelah menentukan bahawa terdapat kewujudan keterangan yang mencukupi untuk mewajarkan suatu kajian semula pentadbiran duti anti-lambakan berkenaan dengan import dagangan subjek, Kerajaan akan memulakan kajian semula pentadbiran menurut subseksyen 28(6) Akta Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1993 dan peraturan 34 Peraturan-Peraturan Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1994.
Soal selidik 6.
(1)
Bagi maksud mendapatkan maklumat yang disifatkan perlu bagi kajian semula pentadbiran itu, Kerajaan akan menghantar soal selidik kepada—
(a)
industri Malaysia dan mana-mana persatuan pengeluar di Malaysia;
(b)
pengeluar dan pengeksport dagangan subjek di Republik Rakyat China, Republik Korea, Chinese Taipei dan Thailand;
(c)
pengimport dan mana-mana persatuan pengimport; dan
(d)
Kerajaan Republik Rakyat China, Republik Korea, Chinese Taipei dan Thailand;
P.U. (B) 31 5
(2)
Dalam apa-apa keadaan, semua pihak berkepentingan yang tidak dihubungi oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dijemput untuk menghubungi MITI secara bertulis, melalui pos, faksimile, e-mel atau serahan tangan, untuk mengetahui sama ada mereka disenaraikan dalam permintaan kajian semula pentadbiran ini.
(3)
Jika perlu, pihak berkepentingan itu boleh memohon bagi salinan soal selidik itu dengan mengenal pasti jenis aktiviti perniagaan mereka yang berkaitan dengan kajian semula pentadbiran ini.
Pengumpulan maklumat 7.
Semua pihak berkepentingan dijemput untuk memberikan pandangan mereka secara bertulis, khususnya, dengan menjawab soal selidik yang dialamatkan kepada mereka dan dengan mengemukakan keterangan sokongan.
Had masa 8.
(1)
Mana-mana pihak berkepentingan yang berhasrat untuk memohon soal selidik hendaklah berbuat demikian tidak lewat daripada lima belas hari selepas penyiaran notis ini dalam Warta.
(2)
Semua pihak berkepentingan hendaklah menyatakan pandangan mereka secara bertulis dan mengemukakan jawapan soal selidik dalam masa tiga puluh hari dari tarikh penyiaran notis ini dalam Warta sekiranya pandangan dan jawapan itu hendak diambil kira semasa kajian semula pentadbiran, melainkan jika dinyatakan selainnya.
Pengemukaan maklumat, jawapan soal selidik dan surat menyurat