Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
(1)
Setelah menentukan bahawa keterangan yang mencukupi wujud untuk mewajarkan suatu kajian semula pentadbiran duti anti-lambakan mengenai import dagangan subjek, Kerajaan memulakan kajian semula pentadbiran menurut subseksyen 28(6) Akta dan peraturan 34 Peraturan-Peraturan Duti Timbal Balas dan
Anti-Lambakan 1994.
P.U. (B) 165 4
(2)
Kajian semula pentadbiran itu akan menentukan sama ada penamatan duti anti-lambakan itu berkemungkinan menyebabkan, atau berkemungkinan tidak menyebabkan, lambakan dan kemudaratan itu berterusan atau berulang.
(3)
Kajian semula pentadbiran itu juga akan meneliti keperluan sama ada duti anti-lambakan sedia ada diteruskan atau ditamatkan.
Soal selidik