Malaysia legislation

Section 5

of NOTIS PEMULAAN PENYIASATAN DUTI ANTI-LAMBAKAN MENGENAI POLYETHYLENE TEREPHTHALATE YANG BERASAL ATAU DIEKSPORT DARI REPUBLIK RAKYAT CHINA, REPUBLIK INDONESIA DAN REPUBLIK KOREA

Seksyen 5

Tatacara

1

Senarai soalan

Bagi mendapatkan maklumat yang disifatkan perlu bagi penyiasatannya, Kerajaan akan menghantar senarai soalan kepada industri Malaysia dan mana-mana persatuan pengeluar di Malaysia, kepada pengeluar/pengeksport Republik Rakyat

China, Republik Indonesia dan Republik Korea, kepada pengimport, kepada mana-mana persatuan pengimport yang dinamakan dalam petisyen, dan kepada

Kerajaan Republik Rakyat China, Republik Indonesia dan Republik Korea.

Dalam apa-apa keadaan, semua pihak berkepentingan yang tidak dihubungi oleh

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) diminta untuk menghubungi MITI melalui faksimile bagi mengetahui sama ada mereka

P.U. (B) 292 4

disenaraikan dalam petisyen. Jika perlu, pihak berkepentingan itu boleh memohon satu salinan senarai soalan dengan memberitahu sifat aktiviti perniagaan mereka yang berkaitan dengan penyiasatan ini.