Malaysia legislation
Section 7228
Seksyen 7228
50.90 00, 7228.60.10 00, 7228.60.90 00, 7228.80.11 00, 7228.80.19 00
dan 7228.80.90 00.
(2)
Kod H.S. dan AHTN yang dinyatakan dalam subperenggan (1) diberikan hanya bagi maksud makluman dan tidak mempunyai kesan mengikat terhadap pengelasan dagangan subjek itu.
P.U. (B) 272 3
Duti anti-lambakan 3.
(1)
Dagangan subjek itu adalah tertakluk kepada duti anti-lambakan yang dikenakan di bawah Perintah Kastam (Duti Anti-Lambakan) 2020 bagi tempoh mulai 22 Januari 2020 hingga 21 Januari 2025.
(2)
Kadar duti anti-lambakan yang dikenakan berhubung dengan import dagangan subjek ialah antara nil hingga 20.09% daripada harga eksport.
Pandangan daripada pihak berkepentingan 4.
(1)
Pihak berkepentingan yang berkemungkinan terjejas oleh penamatan pengenaan duti anti-lambakan boleh memberikan pandangan mereka secara bertulis.
(2)
Pandangan yang disebut dalam subperenggan (1) hendaklah, khususnya, mengajukan isu yang berikut:
(a)
sama ada pengenaan duti anti-lambakan yang berterusan perlu untuk mengimbangi lambakan dagangan subjek; dan
(b)
sama ada kemudaratan berkemungkinan akan terus berulang jika duti itu dihapuskan atau diubah.
(3)
Pandangan yang disebut dalam subperenggan (1) hendaklah disokong dengan keterangan dokumen yang sewajarnya.
Had masa 5.
Pihak berkepentingan hendaklah memberikan pandangan mereka secara bertulis tidak lewat daripada 31 Ogos 2024 dan pandangan itu hendaklah dikemukakan kepada alamat yang berikut:
Pengarah
Seksyen Amalan Perdagangan
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI)
Aras 9, No. 7, Menara MITI
P.U. (B) 272 4
Jalan Sultan Haji Ahmad Shah 50480 Kuala Lumpur
Malaysia
Nombor telefon
: (603) 6208 4644/4635
Nombor faksimile
: (603) 6211 4429
Alamat e-mel
: alltps@miti.gov.my
Bertarikh 9 Julai 2024
[MITI.S.600-2/2/2 Jld. 35; PN(PU2)529/JLD.32]
TENGKU DATUK SERI UTAMA ZAFRUL BIN TENGKU ABDUL AZIZ
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri
P.U. (B) 272 5
COUNTERVAILING AND ANTI-DUMPING DUTIES ACT 1993
NOTICE OF IMPENDING TERMINATION OF THE IMPOSITION OF ANTI-DUMPING
DUTIES ON IMPORTS OF STEEL CONCRETE REINFORCING BAR PRODUCTS
ORIGINATING OR EXPORTED FROM THE REPUBLIC OF SINGAPORE AND
THE REPUBLIC OF TURKEY
(AD 02/19)