Malaysia legislation
Section 7209
Seksyen 7209
16.90 00, 7209.17.10 00, 7209.17.90 00, 7209.18.99 00, 7225.50.10 00 dan 7225.50.90 00.
(2)
Kod H.S. dan AHTN yang dinyatakan dalam subperenggan (1) diberikan hanya bagi maksud makluman dan tidak mempunyai kesan mengikat terhadap pengelasan dagangan subjek itu.
Duti anti-lambakan 3.
(1)
Dagangan subjek itu adalah asalnya tertakluk kepada duti anti-lambakan yang dikenakan di bawah Perintah Kastam (Duti Anti-Lambakan) (Kajian Semula
Pentadbiran) (No. 3) 2021 [P.U. (A) 384/2021] bagi tempoh mulai 9 Oktober 2021
P.U. (B) 127 3
hingga 14 Januari 2026 dan kini tertakluk kepada duti anti-lambakan yang dikenakan di bawah Perintah Kastam (Duti Anti-Lambakan) (Kajian Semula Pentadbiran) (No. 2) 2026
bagi tempoh mulai 15 Januari 2026 hingga 8 Oktober 2026.
(2)
Kadar duti anti-lambakan yang dikenakan berhubung dengan import dagangan subjek ialah antara 35.89% hingga 42.08% daripada harga eksport.
Pandangan daripada pihak berkepentingan 4.
(1)
Pihak berkepentingan yang berkemungkinan akan terjejas oleh penamatan pengenaan duti anti-lambakan boleh memberikan pandangan mereka secara bertulis.
(2)
Pandangan yang disebut dalam subperenggan (1) hendaklah, khususnya, mengajukan isu yang berikut:
(a)
sama ada pengenaan duti anti-lambakan yang berterusan perlu untuk mengimbangi lambakan dagangan subjek; dan
(b)
sama ada kemudaratan akan berkemungkinan terus berulang jika duti itu dihapuskan atau diubah.
(3)
Pandangan yang disebut dalam subperenggan (1) hendaklah disokong dengan keterangan dokumen yang sewajarnya.
Had masa 5.
Pihak berkepentingan hendaklah memberikan pandangan mereka secara bertulis tidak lewat daripada 28 Mei 2026 dan pandangan itu hendaklah dikemukakan ke alamat yang berikut:
P.U. (B) 127 4
Pengarah
Seksyen Amalan Perdagangan
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI)
Aras 9, Menara MITI
No. 7, Jalan Sultan Haji Ahmad Shah 50480 Kuala Lumpur
Malaysia
Nombor telefon
: (603) 6208 4744/4637
Nombor faksimile
: (603) 6211 4429
Alamat e-mel
: alltps@miti.gov.my
Bertarikh 18 Mac 2026
[MITI.600-2/2/16 Jld.18(2)(S); PN(PU2)529/JLD.34]
DATUK SERI JOHARI BIN ABDUL GHANI
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri
P.U. (B) 127 5
COUNTERVAILING AND ANTI-DUMPING DUTIES ACT 1993
NOTICE OF IMPENDING TERMINATION OF THE IMPOSITION OF ANTI-DUMPING
DUTIES ON IMPORTS OF COLD ROLLED COILS OF ALLOY AND NON-ALLOY STEEL
ORIGINATING OR EXPORTED FROM THE PEOPLE’S REPUBLIC OF CHINA,
THE REPUBLIC OF KOREA AND THE SOCIALIST REPUBLIC OF VIET NAM
(AD 03/15)