Malaysia legislation

Section 7219

of NOTIS PENAMATAN PENGENAAN DUTI ANTI-LAMBAKAN YANG AKAN BERLAKU TERHADAP IMPORT KELULI TAHAN KARAT GULUNGAN SEJUK DALAM BENTUK GEGELUNG, KEPINGAN ATAU APA-APA BENTUK LAIN YANG BERASAL ATAU DIEKSPORT DARI REPUBLIK INDONESIA DAN REPUBLIK SOSIALIS VIET NAM

Seksyen 7219

33.00 00, 7219.34.00 00, 7219.35.00 00, 7220.20.10 00 dan 7220.20.90 00.

(2)

Kod H.S. dan AHTN yang dinyatakan dalam subperenggan (1) diberikan hanya bagi maksud makluman dan tidak mempunyai kesan mengikat terhadap pengelasan dagangan subjek itu.

P.U. (B) 343 3

Duti anti-lambakan 3.

(1)

Dagangan subjek itu adalah tertakluk kepada duti anti-lambakan yang dikenakan di bawah Perintah Kastam (Duti Anti-Lambakan) 2021 bagi tempoh mulai 27 April 2021 hingga 23 April 2026.

(2)

Kadar duti anti-lambakan yang dikenakan berhubung dengan import dagangan subjek ialah antara 7.81% hingga 34.82% daripada harga eksport.

Pandangan daripada pihak berkepentingan 4.

(1)

Pihak berkepentingan yang berkemungkinan akan terjejas oleh penamatan pengenaan duti anti-lambakan boleh memberikan pandangan mereka secara bertulis.

(2)

Pandangan yang disebut dalam subperenggan (1) hendaklah, khususnya, mengajukan isu yang berikut:

(a)

sama ada pengenaan duti anti-lambakan yang berterusan perlu untuk mengimbangi lambakan dagangan subjek; dan

(b)

sama ada kemudaratan berkemungkinan akan terus berulang jika duti itu dihapuskan atau diubah.

(3)

Pandangan yang disebut dalam subperenggan (1) hendaklah disokong dengan keterangan dokumen yang sewajarnya.

Had masa 5.

Pihak berkepentingan hendaklah memberikan pandangan mereka secara bertulis tidak lewat dari 31 Oktober 2025 dan pandangan itu hendaklah dikemukakan kepada alamat yang berikut:

Pengarah

Seksyen Amalan Perdagangan

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI)

Aras 9, Menara MITI

P.U. (B) 343 4

No. 7, Jalan Sultan Haji Ahmad Shah 50480 Kuala Lumpur

Malaysia

Nombor telefon

: (603) 6208 4634/4646

Nombor faksimile

: (603) 6211 4429

Alamat e-mel

: alltps@miti.gov.my

Bertarikh 11 September 2025

[MITI.600-2/2/9; PN(PU2)529/JLD.34]

TENGKU DATUK SERI UTAMA ZAFRUL BIN TENGKU ABDUL AZIZ

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri

P.U. (B) 343 5

COUNTERVAILING AND ANTI-DUMPING DUTIES ACT 1993

NOTICE OF IMPENDING TERMINATION OF THE IMPOSITION OF ANTI-DUMPING

DUTIES ON IMPORTS OF COLD ROLLED STAINLESS STEEL IN COILS, SHEETS OR

ANY OTHER FORM ORIGINATING OR EXPORTED FROM THE REPUBLIC OF INDONESIA

AND THE SOCIALIST REPUBLIC OF VIET NAM

(AD 02/20)