Malaysia legislation

Section 7226

of NOTIS PENENTUAN AWAL AFIRMATIF PENYIASATAN DUTI ANTI-LAMBAKAN BERKENAAN DENGAN IMPORT PRODUK GULUNGAN SEJUK KELULI ALOI ATAU BUKAN ALOI DENGAN KELEBARAN KURANG DARIPADA 1300MM (PENGURANGAN SEJUK) TIDAK BERSALUT, TIDAK BERSADUR ATAU TIDAK BERSEPUH (DALAM BENTUK GEGELUNG, KEPINGAN, JALUR, GELUNG ATAU APA-APA BENTUK LAIN) YANG BERASAL ATAU DIEKSPORT DARI JEPUN

Seksyen 7226

92.10 00 dan 7226.92.90 00 yang berasal atau dieksport dari Jepun

(“dagangan subjek”); dan

(b)

kemudaratan didapati wujud kerana industri dalam negeri di Malaysia yang mengeluarkan keluaran serupa telah mengalami kemudaratan material disebabkan oleh pengimportan dagangan subjek ke dalam Malaysia.

P.U. (B) 176 3

Sebab bagi penentuan awal afirmatif 2.

Sebab bagi penentuan awal afirmatif adalah seperti yang berikut:

(a)

harga eksport dagangan subjek adalah kurang daripada nilai normalnya;

(b)

industri dalam negeri di Malaysia yang mengeluarkan keluaran serupa telah mengalami kemudaratan material yang boleh dengan semunasabahnya dikaitkan dengan pengimportan dagangan subjek ke dalam Malaysia; dan

(c)

margin lambakan didapati wujud melalui kegiatan lambakan oleh pengeluar atau pengeksport dari Jepun sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual 1.

Langkah sementara yang terpakai 3.

Langkah sementara yang terpakai hendaklah dalam bentuk duti anti-lambakan sementara sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual 2.

Sebab bagi langkah sementara 4.

Sebab bagi langkah sementara di bawah perenggan 3 adalah untuk mencegah kemudaratan yang ditanggung oleh industri dalam negeri di Malaysia yang mengeluarkan keluaran serupa daripada berlaku secara berterusan semasa tempoh penyiasatan.

Tempoh bagi membuat penentuan muktamad 5.

Penentuan muktamad berhubung dengan penyiasatan hendaklah dibuat dalam tempoh seratus dua puluh (120) hari mulai 1 Jun 2023.

Rekod penyiasatan 6.

Salinan rekod penyiasatan boleh didapati oleh orang awam di—

P.U. (B) 176 4

Pusat Sumber

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)

Aras 2, Menara MITI

No. 7, Jalan Sultan Haji Ahmad Shah 50480 Kuala Lumpur

Malaysia

Nombor telefon

: (603) 6208 4632/4634/4646

Nombor faksimile

: (603) 6211 4429

Alamat e-mel

: alltps@miti.gov.my

Bertarikh 30 Mei 2023

[MITI.600-2/2/23; PN(PU2)529/JLD. 31]

TENGKU DATUK SERI UTAMA ZAFRUL BIN TENGKU ABDUL AZIZ

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri

P.U. (B) 176 5

COUNTERVAILING AND ANTI-DUMPING DUTIES ACT 1993

NOTICE OF AFFIRMATIVE PRELIMINARY DETERMINATION OF AN ANTI-DUMPING

DUTY INVESTIGATION WITH REGARD TO IMPORTS OF COLD ROLLED PRODUCTS OF

ALLOY OR NON-ALLOY STEEL OF A WIDTH LESS THAN 1300MM (COLD-REDUCED)

NOT CLAD, NOT PLATED OR NOT COATED (IN COIL, SHEET, STRIP, HOOP OR ANY

OTHER FORMS) ORIGINATING OR EXPORTED FROM JAPAN

(AD 01/23)