Malaysia legislation

Section 7210

of NOTIS PENENTUAN MUKTAMAD AFIRMATIF PENYIASATAN DUTI ANTI-LAMBAKAN BERKENAAN DENGAN IMPORT PRODUK GULUNGAN RATA BESI ATAU KELULI BUKAN ALOI DENGAN KELEBARAN 600MM ATAU LEBIH, DISALUT, DISADUR ATAU DISEPUH DENGAN TIMAH (ELECTROLYTIC TINPLATE ATAU TINPLATE) YANG BERASAL ATAU DIEKSPORT DARI REPUBLIK RAKYAT CHINA, REPUBLIK INDIA, JEPUN DAN REPUBLIK KOREA

Seksyen 7210

11.90 00 dan 7210.12.90 00 yang berasal atau dieksport dari

Republik Rakyat China, Republik India, Jepun dan Republik Korea

(“dagangan subjek”); dan

(b)

kemudaratan didapati wujud kerana industri dalam negeri di Malaysia yang mengeluarkan keluaran serupa telah mengalami kemudaratan material disebabkan oleh pengimportan dagangan subjek ke dalam

Malaysia.

Butiran yang berhubungan dengan margin lambakan 2.

Butiran yang berhubungan dengan margin lambakan berkenaan dengan import dagangan subjek yang didapati daripada proses penentuan muktamad afirmatif adalah sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama.

P.U. (B) 187 3

Sebab bagi penentuan muktamad afirmatif 3.

Sebab bagi penentuan muktamad afirmatif adalah seperti yang berikut:

(a)

harga eksport dagangan subjek adalah kurang daripada nilai normalnya;

(b)

industri dalam negeri di Malaysia yang mengeluarkan keluaran serupa telah mengalami kemudaratan material yang boleh dengan semunasabahnya dikaitkan dengan pengimportan dagangan subjek ke dalam Malaysia; dan

(c)

margin lambakan didapati wujud melalui kegiatan lambakan oleh pengeluar atau pengeksport dari Republik Rakyat China, Republik India,

Jepun dan Republik Korea sebagaimana yang dinyatakan dalam