Malaysia legislation
Section 7209
Seksyen 7209
17.10 00, 7209.17.90 00, 7209.18.99 00, 7225.50.90 00 dan 7225.99.90 00 yang berasal atau dieksport dari Jepun (“dagangan subjek”);
dan
(b)
kemudaratan didapati wujud kerana industri dalam negeri di Malaysia yang mengeluarkan keluaran serupa telah mengalami kemudaratan material disebabkan oleh pengimportan dagangan subjek ke dalam Malaysia.
3
Butiran yang berhubung dengan margin lambakan 2.
Butiran yang berhubungan dengan margin lambakan berkenaan dengan import dagangan subjek yang didapati daripada proses penentuan muktamad afirmatif adalah sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama.
Sebab bagi penentuan muktamad afirmatif 3.
Sebab bagi penentuan muktamad afirmatif adalah seperti yang berikut:
(a)
harga eksport dagangan subjek adalah kurang daripada nilai normalnya;
(b)
industri dalam negeri di Malaysia yang mengeluarkan keluaran serupa telah mengalami kemudaratan material yang boleh dengan semunasabahnya dikaitkan dengan pengimportan dagangan subjek ke dalam Malaysia; dan
(c)
margin lambakan didapati wujud melalui kegiatan lambakan oleh pengeluar atau pengeksport dari Jepun sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama melainkan bagi pengeluar atau pengeksport
Daido Steel Co., Ltd. dan JFE Steel Corporation kerana nilai margin lambakan bagi pengeluar atau pengeksport tersebut adalah de minimis.
Duti anti-lambakan 4.
Duti anti-lambakan yang akan dikenakan kepada pengeluar atau pengeksport yang dinyatakan dalam Jadual Pertama melainkan bagi pengeluar atau pengeksport
Daido Steel Co., Ltd. dan JFE Steel Corporation hendaklah sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kedua.
Sebab bagi pengenaan duti anti-lambakan 5.
Sebab bagi pengenaan duti anti-lambakan di bawah perenggan 4 adalah untuk mencegah kemudaratan kepada industri dalam negeri di Malaysia yang mengeluarkan keluaran serupa.
4
Tempoh pengenaan duti anti-lambakan 6.
Duti anti-lambakan yang dikenakan di bawah perenggan 4 hendaklah terpakai bagi tempoh lima tahun mulai 29 September 2023 hingga 28 September 2028.
5
COUNTERVAILING AND ANTI-DUMPING DUTIES ACT 1993
NOTICE OF AFFIRMATIVE FINAL DETERMINATION OF ANTI-DUMPING DUTY
INVESTIGATION WITH REGARD TO IMPORTS OF COLD ROLLED PRODUCTS OF ALLOY
OR NON-ALLOY STEEL OF A WIDTH LESS THAN 1300MM (COLD-REDUCED) NOT
CLAD, NOT PLATED OR NOT COATED (IN COIL, SHEET, STRIP, HOOP OR ANY OTHER
FORMS) ORIGINATING OR EXPORTED FROM JAPAN
(AD 01/23)