Malaysia legislation
Section 7212
Seksyen 7212
50.23 00, 7212.50.24 00 dan 7212.50.29 00.
(2)
Kod H.S. dan AHTN yang dinyatakan dalam subperenggan (1) diberikan hanya untuk makluman dan tidak mempunyai kesan mengikat terhadap penjenisan dagangan subjek.
Duti anti-lambakan sedia ada 4.
Duti anti-lambakan yang berkuat kuasa pada masa ini bagi dagangan subjek ialah duti anti-lambakan definitif yang dikenakan di bawah Perintah Kastam
(Duti Anti-Lambakan) (No. 3) 2020 [P.U. (A) 348/2020].
Alasan bagi kajian semula pentadbiran 5.
(1)
Permintaan bagi kajian semula pentadbiran itu adalah berdasarkan alasan bahawa margin lambakan telah berubah secara substansial bagi import dagangan subjek oleh Hoa Phat Steel Sheet Limited Liability Company.
(2)
Kerajaan berpuas hati bahawa permintaan dan maklumat yang didapati itu mengandungi alasan yang mencukupi untuk memulakan suatu kajian semula pentadbiran.
Tatacara 6.
Setelah menentukan bahawa keterangan yang mencukupi wujud untuk mewajarkan suatu kajian semula pentadbiran duti anti-lambakan berkenaan dengan import dagangan subjek, Kerajaan memulakan kajian semula pentadbiran menurut perenggan 28(1)(a) Akta Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1993 dan peraturan 34
Peraturan-Peraturan Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1994.
Soal selidik 7.
(1)
Bagi maksud mendapatkan maklumat yang disifatkan perlu bagi kajian semula pentadbiran ini, Kerajaan akan menghantar soal selidik kepada—
P.U. (B) 320 4
(a)
industri Malaysia dan mana-mana persatuan pengeluar dari
Malaysia;
(b)
pengeluar atau pengeksport dagangan subjek dari Hoa Phat Steel
Sheet Limited Liability Company;
(c)
pengimport dan mana-mana persatuan pengimport; dan
(d)
Kerajaan Republik Sosialis Viet Nam.
(2)
Dalam apa-apa keadaan, semua pihak berkepentingan yang tidak dihubungi oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dijemput untuk menghubungi MITI secara bertulis, melalui pos, faksimile, e-mel atau serahan tangan untuk mengetahui sama ada mereka disenaraikan dalam kajian semula pentadbiran ini.
(3)
Jika perlu, pihak berkepentingan itu boleh memohon bagi mendapatkan suatu salinan soal selidik itu dengan mengenal pasti jenis aktiviti perniagaan mereka yang berkaitan dengan kajian semula pentadbiran ini.
Pengumpulan maklumat 8.
Semua pihak berkepentingan dijemput untuk memberikan pandangan mereka secara bertulis, khususnya, dengan menjawab soal selidik yang dialamatkan kepada mereka dan dengan mengemukakan keterangan sokongan.
Had masa 9.
(1)
Semua pihak berkepentingan yang ingin memohon soal selidik hendaklah berbuat demikian tidak lewat daripada lima belas hari selepas penyiaran notis ini dalam Warta.
(2)
Semua pihak berkepentingan hendaklah menyatakan pandangan mereka secara bertulis dan mengemukakan maklum balas soal selidik dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh penyiaran notis ini dalam Warta sekiranya pandangan dan
P.U. (B) 320 5
maklum balas itu hendak diambil kira semasa kajian semula pentadbiran, melainkan jika dinyatakan selainnya.
Pengemukaan maklumat, maklum balas soal selidik dan surat-menyurat 10.
(1)
Semua pengemukaan maklumat, maklum balas soal selidik dan surat-menyurat hendaklah dibuat secara bertulis dan dihantar melalui pos, faksimile, e-mel atau serahan tangan dan dengan jelas menyatakan nama, alamat, alamat e-mel, dan nombor telefon dan faksimile pihak berkepentingan itu kepada—
Pengarah
Seksyen Amalan Perdagangan
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI)
Aras 9, Menara MITI
No. 7, Jalan Sultan Haji Ahmad Shah 50480 Kuala Lumpur
Malaysia
Nombor Telefon
: (603) 6208 4632/4641/4660/4646
Nombor Faksimile
: (603) 6211 4429
Alamat e-mel
: alltps@miti.gov.my
(2)
Sekiranya pihak berkepentingan tidak memberikan maklumat yang perlu atau maklumat dan pandangan itu tidak diterima dalam bentuk yang memadai dalam had masa yang dinyatakan, Kerajaan boleh membuat penentuan berdasarkan fakta yang ada mengikut seksyen 41 Akta.
Bertarikh 12 Ogos 2024
[MITI.S.600-2/2/33; PN(PU2)529/JLD.32]
TENGKU DATUK SERI UTAMA ZAFRUL BIN TENGKU ABDUL AZIZ
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri
P.U. (B) 320 6
COUNTERVAILING AND ANTI-DUMPING DUTIES ACT 1993
NOTICE OF INITIATION OF ADMINISTRATIVE REVIEW OF ANTI-DUMPING DUTIES
WITH REGARD TO IMPORTS OF FLAT ROLLED PRODUCT OF NON-ALLOY STEEL
PLATED OR COATED WITH ALUMINIUM AND ZINC ORIGINATING OR EXPORTED
FROM HOA PHAT STEEL SHEET LIMITED LIABILITY COMPANY
FROM THE SOCIALIST REPUBLIC OF VIET NAM
(AD 01/20 – AR 02/24)
FOLLOWING the publication of the Notice of Affirmative Final Determination of an Anti-Dumping Duty Investigation with regard to the Imports of Flat Rolled Product of Non-Alloy Steel Plated or Coated with Aluminium and Zinc originating or exported from the People’s Republic of China, the Republic of Korea and the Socialist Republic of
Viet Nam [P.U. (B) 679/2020] in the Gazette on 11 December 2020, the Government has received a request and obtained information for an administrative review on the imposition of an anti-dumping duty with regard to imports of flat rolled product of non-alloy steel plated or coated with aluminium and zinc originating or exported from
Hoa Phat Steel Sheet Limited Liability Company from the Socialist Republic of Viet Nam
(“subject merchandise”) and pursuant to paragraph 28(1)(a) of the Countervailing and
Anti-Dumping Duties Act 1993 [Act 504] and regulation 34 of the Countervailing and
Anti-Dumping Duties Regulations 1994 [P.U. (A) 233/1994], the Government initiates an administrative review on the imposition of anti-dumping duties on the subject merchandise.
Request for administrative review 2.
The request for administrative review was lodged by—
Hoa Phat Steel Sheet Limited Liability Company
E1 Street, Pho Noi A Industrial Zone, Lac Dao Commune,
Van Lam District, Hung Yen Province, Vietnam, the foreign producer or exporter of the subject merchandise.
P.U. (B) 320 7
Subject merchandise 3.
(1)
The subject merchandise is classified under the Harmonised System Code
(“H.S. Code”) and ASEAN Harmonised Tariff Nomenclature (“AHTN”) 7210.61.11 00,