Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Berikutan dengan kajian semula itu, Suruhanjaya Pilihan Raya bercadang untuk mengesyorkan dalam laporannya syor-syor yang berikut:
(a)
tiada perubahan dalam Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Persekutuan bagi
Negeri Sarawak;
(b)
jumlah Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Negeri bagi Negeri Sarawak ditambah sebanyak sebelas
Bahagian yang menjadikan jumlah keseluruhan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Negeri bagi Negeri Sarawak sebanyak 82 Bahagian;
(c)
bagi maksud kajian semula persempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan
Raya ini juga, terdapat pindaan dibuat kepada nama Bahagian-Bahagian
Pilihan Raya Persekutuan yang melibatkan satu Bahagian Pilihan Raya
Persekutuan dalam Negeri Sarawak; dan
(d)
terdapat juga pindaan dibuat kepada nama Bahagian-Bahagian Pilihan
Raya Negeri yang melibatkan empat Bahagian-Bahagian Pilihan Raya
Negeri dalam Negeri Sarawak.
P.U. (B) 1 3