Malaysia legislation

Section 10

of AKTA JURURAWAT 1950

Seksyen 10

(a)

walaupun bukan seorang yang didaftarkan dengan sewajarnya di bawah

Akta ini, memakai atau menggunakan gelaran jururawat berdaftar atau gelaran yang setaraf dengannya dalam apa-apa bahasa lain, sama ada gelaran itu sahaja atau disertakan dengan apa-apa perkataan atau huruf lain, atau menggunakan apa-apa nama, gelaran, tambahan, perihal, pakaian seragam atau lencana yang membayangkan bahawa dia didaftarkan di bawah Akta ini atau diiktiraf oleh undang-undang sebagai seorang jururawat berdaftar, atau menggunakan apa-apa gelaran, pakaian seragam atau lencana yang ditetapkan untuk kegunaan jururawat berdaftar di bawah Akta ini;

(b)

seorang yang namanya termasuk dalam mana-mana bahagian Daftar, memakai atau menggunakan apa-apa nama, gelaran, tambahan, perihal, pakaian seragam atau lencana, atau selainnya melakukan apa-apa jenis perbuatan, yang membayangkan bahawa namanya termasuk dalam sesuatu bahagian lain Daftar yang tidak mengandungi namanya; atau

(c)

dengan niat hendak memperdaya, menggunakan apa-apa perakuan pendaftaran sebagai seorang jururawat yang dikeluarkan di bawah Akta ini kepadanya atau kepada mana-mana orang lain, melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan oleh sesuatu

Mahkamah Majistret, boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua belas bulan atau kedua-duanya.

Section 10 — NURSES ACT 1950 | mylaw.my