Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
(a)
teruknya bahaya atau risiko yang terlibat;
(b)
keadaan pengetahuan mengenai bahaya atau risiko itu dan apa-apa cara untuk menghapuskan atau mengurangkan bahaya atau risiko itu;
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 11
(c)
ada tidaknya dan kesesuaian cara untuk menghapuskan atau mengurangkan bahaya atau risiko itu; dan
(d)
kos untuk menghapuskan atau mengurangkan bahaya atau risiko itu;
“ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh Akta ini atau melalui peraturan-peraturan;
“kecederaan badan yang serius” ertinya apa-apa kecederaan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Keempat;
“kerajaan” ertinya Kerajaan Persekutuan, Kerajaan sesuatu Negeri atau kerajaan tempatan;
“kesatuan sekerja” ertinya apa-apa persatuan atau gabungan pekerja atau majikan mengikut pengertian Akta Kesatuan Sekerja 1959
[Akta 262];
“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan yang dilantik di bawah subseksyen 5(1);
“kontraktor” ertinya mana-mana orang yang membuat kontrak dengan seorang prinsipal untuk menjalankan keseluruhan atau sebahagian apa-apa kerja yang diusahakan oleh prinsipal itu dalam penjalanan atau bagi maksud perdagangan, perniagaan, profesion atau pengusahaan prinsipal itu;
“kontrak perkhidmatan” ertinya apa-apa perjanjian sama ada secara lisan atau bertulis dan sama ada secara nyata atau tersirat, yang menurutnya seseorang bersetuju untuk menggaji seseorang yang lain sebagai pekerja dan orang yang lain itu bersetuju untuk berkhidmat dengan majikannya sebagai pekerja dan termasuklah suatu kontrak perantisan;
“loji” termasuklah apa-apa jentera, kelengkapan, perkakas, alat atau peralatan, apa-apa komponennya dan apa-apa jua yang dipasangkan, disambungkan atau diperlengkapkan padanya;
12
Undang-Undang Malaysia
“majikan” ertinya mana-mana orang yang membuat suatu kontrak perkhidmatan untuk mengambil kerja mana-mana orang lain sebagai pekerja;
“Majlis” ertinya Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan yang ditubuhkan di bawah seksyen 8;
“orang berlesen” ertinya seseorang yang diberikan lesen di bawah subseksyen 7A(1);
“orang kompeten” ertinya orang kompeten yang berdaftar di bawah seksyen 31C;
“orang yang bekerja sendiri” ertinya seseorang individu yang bekerja untuk keuntungan atau ganjaran selain daripada di bawah kontrak perkhidmatan, sama ada atau tidak dia sendiri mengambil kerja orang lain;
“pegawai” ertinya pegawai yang dilantik di bawah subseksyen 5(1)
atau (3);
“pekerja” ertinya mana-mana orang yang telah membuat suatu kontrak perkhidmatan dengan seorang majikan;
“pembekalan”, berhubungan dengan apa-apa loji atau bahan, ertinya pembekalan melalui penjualan, pertukaran, pemajakan, penyewaan atau sewa-beli, sama ada sebagai prinsipal atau ejen bagi yang lain;
“pengamal perubatan berdaftar” ertinya pengamal perubatan yang berdaftar di bawah Akta Perubatan 1971 [Akta 50];
“penghuni”, berhubungan dengan tempat kerja, ertinya seseorang yang menguruskan atau mengawal tempat kerja;
“penyedia latihan berdaftar” ertinya penyedia latihan yang berdaftar di bawah seksyen 31C;
“perakuan kelayakan” ertinya suatu perakuan yang dikeluarkan di bawah seksyen 27D;
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 13
“perkhidmatan kesihatan pekerjaan” termasuklah perkhidmatan bagi perlindungan kesihatan pekerja semasa bekerja, bagi penggalakan kesihatan dan kesejahteraan di tempat kerja, dan juga bagi pencegahan penyakit pekerjaan, keracunan pekerjaan dan kemalangan;
“premis” termasuklah—
(a)
mana-mana tanah, bangunan atau bahagian mana-mana bangunan;
(b)
mana-mana kenderaan, vesel, hoverkraf atau pesawat udara;
(c)
apa-apa pepasangan di atas tanah, pepasangan luar pesisir atau pepasangan lain sama ada di atas dasar atau yang terapung di atas mana-mana air; dan
(d)
mana-mana khemah atau struktur boleh alih;
“prinsipal” ertinya mana-mana orang yang dalam penjalanan atau bagi maksud perdagangan, perniagaan, profesion atau pengusahaannya membuat kontrak dengan seorang kontraktor untuk pelaksanaan oleh atau di bawah kontraktor itu keseluruhan atau sebahagian daripada apa-apa kerja yang diusahakan oleh prinsipal itu;
“tempat kerja” ertinya premis tempat orang-orang bekerja atau premis yang digunakan bagi penyimpanan loji atau bahan.
(2)
Bagi maksud Akta ini, risiko yang berbangkit daripada atau berkaitan dengan aktiviti orang-orang yang sedang bekerja hendaklah dikira sebagai termasuk risiko yang berkaitan dengan cara suatu pengusahaan dijalankan, loji atau bahan yang digunakan bagi maksud sesuatu pengusahaan dan keadaan premis yang digunakan sedemikian atau mana-mana bahagiannya.
(3)
Bagi maksud Akta ini—
(a)
“kerja” ertinya kerja sebagai seorang pekerja atau sebagai orang yang bekerja sendiri;
14
Undang-Undang Malaysia
(b)
seseorang pekerja disifatkan sedang bekerja sepanjang masa dia berada di tempat kerjanya tetapi tidak selainnya;
dan
(c)
orang yang bekerja sendiri adalah sedang bekerja sepanjang masa yang ditumpukannya kepada kerja sebagai seorang yang bekerja sendiri.
Tujuan Akta