Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Tafsiran
*CATATAN—Dalam pemakaiannya bagi Wilayah Persekutuan Labuan—lihat Perintah Wilayah
Persekutuan Labuan (Pemerluasan dan Ubahsuaian Akta Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah 1954) 2012
[P.U.(A)291/2012].
**CATATAN—Dalam pemakaiannya bagi Negeri Sabah—lihat Perintah Negeri Sabah (Pemerluasan dan
Ubahsuaian Akta Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah 1954) 2012 [P.U.(A)292/2012].
***CATATAN—Dalam pemakaiannya bagi Negeri Sarawak—lihat Perintah Negeri Sarawak
(Pemerluasan dan Ubahsuaian Akta Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah 1954) 2012 [P.U.(A)293/2012].
6 Undang-Undang Malaysia AKTA 461
“jarak yang ditetapkan” ertinya, berhubungan dengan mana-mana
Pusat tertentu, jarak yang Menteri boleh dari semasa ke semasa melalui pemberitahuan di dalam Warta menetapkan berhubungan dengan Pusat tersebut;
“kerja wajib” ertinya apa-apa kerja buruh, tugas, kerja atau kursus pengajaran yang diperintah oleh Pegawai Pusat Kehadiran Wajib untuk diaku janji oleh pesalah tersebut;
“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Penjara, Malaysia, dan termasuk Timbalan Ketua Pengarah Penjara;
“Pegawai Pusat Kehadiran Wajib” ertinya mana-mana pegawai yang dilantik di bawah seksyen 4;
“Perintah Kehadiran Wajib” ertinya suatu perintah Mahkamah yang dibuat di bawah seksyen 5;
“pesalah” ertinya seseorang yang mana berkenaan dengannya suatu
Perintah Kehadiran Wajib pada masa itu sedang berkuat kuasa;
“Pusat” ertinya sesuatu Pusat Kehadiran Wajib yang ditubuhkan di bawah seksyen 3.