Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Tafsiran
“ladang unggas” ertinya mana-mana tempat yang digunakan untuk menternak unggas dan termasuk mana-mana premis atau reban, stor makanan atau struktur bangunan lain yang didapati di dalam sekitar kawasan ladang unggas;
15hb Februari 2001
112
[15hb Feb. 2001
“menternak unggas” ertinya apa-apa aktiviti yang dijalankan bagi tujuan berikut–
Dan termasuk juga pembiakan, penyimpanan, penjagaan atau pemilikan mana-mana unggas di sesuatu ladang unggas;
“penyakit” ertinya Salmonella Unggas;
“program kebangsaan” ertinya program kawalan dan pembasmian Salmonella
Unggas kebangsaan yang diarahkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan
Haiwan bagi mengawal dan membasmikan penyakit;
“rawatan khusus” ertinya apa-apa rawatan ke atas mana-mana unggas yang dijangkiti atau dipercayai secara munasabah telah dijangkiti dengan penyakit atau bersentuhan dengan mana-mana unggas atau binatang lain yang disyaki dijangkiti penyakit, yang diarah atau diperintahkan oleh Pengarah Negeri atau mana-mana pihak berkuasa veterinar di bawah program kebangsaan yang dijalankan; dan
“unggas muda” ertinya mana-mana unggas yang berukur kurang daripada tujuh (7) hari daripada apa-apa jantina, baka atau generasi dan termasuk ayam dara atau ayam betina penelur yang muda atau “pullet” yang berumur antara enam belas (16) hingga dua puluh (20) minggu.