Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
Tiap² suratan yang berupa sa-bagai suatu suratchara yang di-buat atau di-keluarkan oleh mana² Menteri atau pehak-berkuasa atau orang menurut mana² peruntokan yang terkandong dalam Peratoran² Perlu atau yang berkuatkuasa di-bawah-nya, dan yang akan di-tandatangani oleh atau bagi pehak Menteri, pehak-berkuasa atau orang yang tersebut hendak-lah di-terima sa-bagai keterangan; dan juga, sa-hingga akas-nya di-buktikan, hendak-lah disifatkan sa-bagai suatu suratchara yang di-buat atau di-keluarkan oleh Menteri, pehak-berkuasa atau orang itu; dan keterangan prima facie mengenai suratchara saperti tersebut di-atas boleh, dalam apa² langkah pembicharaan (termasok timbangtaraan) di-beri dengan mengemukakan suatu suratan yang berupa sa-bagai di-perakui sa-bagai salinan benar bagi suratchara itu oleh, atau bagi pehak, Menteri atau pehak-berkuasa atau orang lain yang berkuasa membuat atau mengeluarkan suratchara itu.