Malaysia legislation

Section 5

of Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 1969

Seksyen 5

Apa² jua guaman, dawaan atau langkah pembicharaan lain tidak boleh di-bawa dalam mana² Mahkamah terhadap mana² pegawai awam sama ada atas sifat diri-nya sendiri atau atas sifat jawatan-nya bagi atau oleh kerana atau mengenai apa² perbuatan yang di-perentah atau di-lakukan oleh-nya atau yang berupa sa-bagai telah di-perentah atau di-lakukan oleh-nya dalam tempoh dharurat bagi maksud mengekalkan ketenteraman atau keselamatan awam atau bagi maksud melaksanakan mana² peratoran, perentah, kaedah atau undang²-kechil, arahan atau pemberitahu yang di-buat atau di-keluarkan di-bawah Ordinan ini, dan apa² jua guaman, dawaan atau langkah pembicharaan lain tidak boleh di-bawa dalam mana² Mahkamah terhadap mana² orang lain bagi atau oleh kerana atau mengenai apa² perbuatan yang di-lakukan atau yang berupa sa-bagai telah di-lakukan oleh-nya di-bawah mana² peratoran perentah, kaedah, undang²-kechil, arahan atau pemberitahu mana² pegawai awam yang di-beri bagi apa² maksud saperti tersebut di-atas:

Dengan sharat bahawa perbuatan pegawai atau orang itu telah di-lakukan dengan suchi hati dan dengan keperchayaan yang menasabah bahawa perbuatan itu ada-lah perlu bagi maksud vang di-chadang untok di-chapai dengan yang demikian.

Section 5 — Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 1969